IKAN SIAKAP DUA RASA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

IKAN SIAKAP DUA RASA

Assalamualaikum...

BILA dah siang malam pagi petang memasak, maka banyaklah gambar makanan dalam handphone ni. Nak snap pic bukan main lagi, klik klik klik, nak blog tak ada idea pulak 😜


Tak ingat pulak beli siakap ni kat mana, saiznya tak berapa nak besar jadi Pak Inche beli dua ekor. Sekor dia pesan, nak masak stim Hong Kong stail. Lagi seekor, suka hatilah nak masak apapun, stim nyonya atau tiga rasa. Sk tanya Iman, nak masak apa, sebab Iman kurang sikit Hong Kong Style ni. 

Ini pun Sk masak guna pes Hong Kong. Caranya, kukus dahulu ikan, pes tu panaskan dan curah atas ikan yang telah dikukus. Kemudin tumis halia yang dihiris halus dengan sedikit minyak masak, curah dengan minyaknya sekali. Taburkan daun ketumbar. Sk bukan tabur, letak terus berpokok-pokok sebab nanti pun akan layu disimpan πŸ˜‚


Iman minta Siakap Goreng aje, nak makan dengan kicap. Kicap potong bawang dan cili banyak-banyak. Haaa.. kalau kicap macam ni atau sambal kicap, Iman makan. Tapi kalau ikan ke, ayam ke, sotong ke, masak kicap, memang dia kurang suka dan sanggup tak makan πŸ˜‚


Yang dalam mangkuk putih dua biji kat tengah-tengah tu, tomyam dan ayam paprik, lauk lebih masa tapau kat Senoko tu. Cerita masak siakap dua rasa ni dah berminggu lepas tapi baru hari ni nak cerita, hahahahaha.. adeh πŸ˜…


5 comments:

  1. PI pun mesti suka ada ikan goreng...hahaha

    ReplyDelete
  2. Oooo.. begitu ceritanya siakap dua rasa.
    Rajin SK layan selera keluarga.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada 10 ekor, bolehlah dapat 10 rasa

    ReplyDelete
  4. Kalau budak umh ni suka ikan masak steam.. buat 2 3 rasa diorg x brp.. huhu.. kena ikut selera budak2 pulak

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih