Assalamualaikum...
MALAS terlampau semalam, dah dapat cuti tanpa rekod sempena hari vaksin, tapi langsung tak buat apo. Dari sarapan pagi sampai makan malam semuanya beli. Takut jugak la nak masak-masak, takut jantung terlebih bekerja 🤭
Semalam, pukul 12.30 mengulang makan lontong (sebab dah beli dua, kan). Tapi berkongsi makan dengan Iman. Lepas tu, Iman kata, orderlah set ikan siakap tu kat Warong, dia lapar lagi. Ah pelik, budak ni sejak vaksin tuari memanjang lapar pulak 🤦
Pukul 1.30, makanan yang dipesan pun sampai. Pukul 2 baru hidang dan makan. Siakap Sweet Sour yang tak pernah tak sedap.
Tomyam.. pun sedap cuma masih tak dapat menandingi rasa tomyam Senoko dan di kedai-kedai tomyam lain. Apalah resepi rahsia kedai tomyam ni ek. Ke.. nak jugak orang darah siam yang masak??
Telur Bungkus yang penuh inti. Sangat sedap. Rasanya Sk nak kena belajar la masak telur bungkus sendiri lepas ni 🧑🍳
Setiap set cukup untuk tiga orang makan tapi kami makan berdua aje, kih kih kih. Disertakan tiga bungkus teh o ais berpudina yang cukup manis. Edible flower tu, Sk beli di Ben's Independent Grocer, sedap makan buat ulam ❤️
Burpp.. Alhamdulillah 😍
Sedap sedap menunya. Kita tengok perlu terliur jugak. Mungkin jugak tu kot orang Siam masak. Air tu kemain berbunga lagi :)
ReplyDeleteMenarik semua menunya. Tapi betul, tomyam yang kita masak dengan orang Siam masak lain rasanya. kena tuntut ilmu juga ni.
ReplyDeleteNampak sedap semuanya..Tambah pula dok posing dalam pinggan mahai...Ayaq detox lagi ka🤭🤭🤭
ReplyDelete