BUBUR NASI ISTIMEWA NO 1 SENTOSA

Assalamualaikum...

SEKIAN lama merindui Bubur Nasi Sentosa. Iman beberapa kali minta Pak Inche untuk tapau, kan tapi minta babahnya pergi ke cawangan yang terletak di Dataran Larkin. PI pulak, tak tahu kata tempatnya di mana, padahal.. pernah sekali kami makan kat sana, sabar ajelah.

Sabtu lepas, PI bertugas di Stadium Pasir Gudang. Sk dan Iman kan pergi Senai, ada Makan-Makan Di Hari Jadi Indah. Jadi, balik tu, PI singgah ke Sentosa, tapau bubur nasi dan sate. Buburnya sebungkus aje, merajuklah anaknya. Dia kata, sebab kami kan dah makan kat Senai, ingatkan tak nak, huhu.


Menunaikan janji, semalam PI tapau Bubur Nasi Istimewa No 1 Sentosa yang diidamkan dek Iman. Sk pun tumpang sekaki la, kan. Tu yang tak masak dari pagi sampai malam tu. Semuanya tapau, hihi. Oh, ni PI minta Kangkung Extra ya, sebab tu penuh semangkuk kangkungnya.


Memang susah nak lawan keistimewaan Bubur Nasi Sentosa ni tau. Orang KL pun sanggup datang JB semata nak makan bubur berlauk ni. Orang Singapura jangan cakap la.. berbondong-bondong yang datang. Cuma sekarang dah sunyi JB ni. Jarang nampak kereta dengan nombor plat pendaftaran Singapura. Sama-sama doakan agar pandemik ini cepat berakhir. 

Amiiinnn Ya Robbal Alaminnnn.


Post a Comment

4 Comments

  1. Cantik rupa paras buburnya tu SK.
    Baru balik dari rumah orang KL tu. Di sana dijamu bubur asyura.

    ReplyDelete
  2. Segak sexy bubur nasi tu..Rasa kat tekak pulak..
    Dulu kat hiway memang banyak la nampak plat Singapore.La ni jangan kata plat... hi way pun jarang nampak..rindu kat tol🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Dapnyaaaaa...Kat Seremban ni memang xde orang jual bubur macam ni...nak buat sendiri kang takut x sedap

    ReplyDelete
  4. Saya pun susah hendak jumpa bubur begini di Melaka.
    Sedapnya dengan telur masin. Hehe buat sendiri tidak setanding rasa aneka bahan sampingan bubur.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih