Assalamualaikum...
"Yeayyy boleh dining... " Whatsapp Pak Inche dalam grup whatsapp family bila Sk post 'screen shot' sijil lengkap vaksinasi kedua-dua dos vaksin di My Sejahtera selepas selesai menerima vaksin dos kedua pagi tadi. Selesai vaksin, terus balik ke rumah. Hari ini juga, Sk diberi cuti tanpa rekod, jadi dapatlah telentang telungkup sesuka hati tiada siapa yang peduli 🤣
Keluar rumah jam 7+ tapi gelap macam baru 6.30 pagi. Hujannnn.. sejukkkk.. hati berdebar macam nak pergi 'dating' ko 🤠kenapa ek? Temujanji jam 8.30 pagi, tak mahu laaa macam dos pertama hari tu, dapat nombor ke 237. Yang tu sebab tunggu kedai buka pukul 8.00 nak beli roti untuk alas perut kan.
Ingatkan nak buat kopi panas masuk dalam travel mug tapi nanti tak sempat nak habiskan sebab sepanjang pkp ni, laju jer kereta bergerak. Lama dah tak jumpa 'jem'. Dulu pergi kerja, bila 'jem' tu la kita sempat kopi-kopi. Buka peti sejuk, nampak susu (perisa pisang) ni ada separuh, terus bawa, minum dalam kereta sambil makan biskut tiger coklat dua keping. Jadi laaa..
Sampai Midvalley, masih lengang. Carpark yang berhampiran pintu masuk pun banyak kosong.
Tu takpa, PPV pun belum buka 😆😆😆
Tapi sukarelawan bertugas dah tiba awal. Di pintu masuk diletakkan papan tanda arah berasingan bagi penerima dos pertama dan kedua, sampai sini semua duduk kawasan yang sama juga.. hahaha..
Tapi, kebanyakan yang datang ni semua dos kedua, jadi tak ada masalah. Sebaik pintu PPV dibuka, barisan demi barisan diarahkan masuk ke stesen pertama. Di sini, diambil suhu, sanitasi tangan dan terus mengambil borang yang disediakan khas untuk penerima dos kedua. Haaa... Tak dengar pulak ada yang baru nak ambil dos pertama.
Terus duduk di stesen kedua, isikan borang. Kali ni dapat nombor 62.. heheheh. Ingat dah awal dah. Borang ni lebih mudah diisi, cuma masukkan nama, no kad pengenalan, tarikh dan masa, kemudian ada borang pengakuan. Tepat jam 8.30, semua kaunter dibuka dan nombor giliran mula dipanggil. Sk boleh pulak dapat kaunter dan petugas yang sama seperti
sebelum ini, kebetulan pulak laaa.
Penerima dos kedua akan lompat stesen ke 4 terusss.. di sini masing-masing menunggu giliran untuk disuntik. Kali ni, Sk tak ambil gambar atau video semasa disuntik. Selesai.. tunggu di stesen 5 untuk kemaskini status vaksin di my Sejahtera.
Selfie di depan booth buat kenangan. Ada abang tu, minta tolong ambilkan gambar dia. Lepas tu, dia tawarkan diri untuk ambilkan gambar Sk pulak, Sk kata tak apo laa.. saya dah selfie tadi, hihi.
Sebab dah balik awal, gerai sarapan tepi masjid masih buka lagi. Lontong kegemaran ngam-ngam tinggal dua bekas. Ternampaklah pulak Soto Nasi. Perasaan tamak pun tiba, itu nak, ini nak 😅. Jadi, Sk ambil dua lontong, satu soto. Ingatnya soto nak kongsi berdua. Rupanya, itu budak pelempuan nak makan soto la.. takpe... Jadi mak mak ni memang kena mengalah, makan lontong dua kali la kita ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
selfie / bergambar tu wajib..hehehe
ReplyDeletealhamdulillah, selesai sudah..saya second dose 4 september ni..huhu
ReplyDeleteLega perasaan. Alhamdulillah.
ReplyDeleteLawo tudung SK...lembut jew warnanya.
ReplyDeleteAlamak! Tuan rumah cerita pasal vaksin kita cerita tudung dia pulak...kihkihhh!
Alhamdulillah...selesai, ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesai sudah dua dos.
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteDah lengkap 2 dos vaksinasi
Tunggu 14 hari ek
Yasss.. settleeee.. Moga bebaik je keadannya lepas divaksin ya .
ReplyDeleteAlhamdulillah lega dah settle dua dos. Boleh pulak bertemu dengan orang yang sama masa first dose. Kalau saya, dua dua pun nak. Dua dua favourite. Dasar tamak kan. Tapi untung dapat dua sekali rasa. Alih alih kena pau pulak..hihi
ReplyDeleteBetul la...tudung lawo...!
ReplyDeleteSekarang ni orang berlumba beli baju baru nak gi vaksin🤣
Itulah antara cara & lesen halal nak jenjalan...hihihi