BUBUR ASYURA DARI IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

LAMA betul Sk berborak dengan ibu di telefon tengahari tadi. Ceritanya pulak macam-macam. Antaranya, ibu beritahu rancangannya nak masak bubur, tak cakap pulak nak masak Bubur Asyura, dah hujung-hujung perbualan, baru diberitahu. Sebelum tu, Sk dah beritahu, tak datang ke Senai hari ni. Jadi, Sk kata, simpankan bubur dalam peti sejuk, hari sabtu Sk ambil. 

Sebenarnya, Sk dah berjanji dengan Pak Inche, nak masakkan Kari Sotong Narlerkerkkk 😆. Jadi, pukul 3 sesambil menunggu waktu berehat bekerja tamat lagi setengah jam, Sk on-kan tv. Movie bertajuk Harriet, baru bermula. Kisah tentang hamba kulit hitam yang menuntut kemerdekaan (kebebasan). Teruslah menonton sehingga tetiba telefon berbunyi. Ibu telefon suruh ambil bubur hari ni jugak 😅. Kalau tunggu hari sabtu, dah tak sedap katanya.

Terpaksa stop movie, tekan record sebab belum sempat habis tayangannya. Nak ke Senai, lauk yang dijanjikan belum masak. Cadangnya nak masak pukul 6. Nasiblah sotongnya dah rendam awal-awal, dah lembut. Terus masak sotong, jerang nasi, start enjin kereta, terus la ke Senai. 


Satu tipuware besar Bubur Asyura dah siap ditapau. Memang Sk pesan, nanti cuma singgah ambil jer. Masa ambil tu, terkejut tengok, banyaknyaaa bubur, hahaha. Lepas sembang sikit-sikit, Sk terus balik. 

Bubur yang kononnya banyak tu, dah wassalam ya. Setahun sekali kan, baru jumpa. Orang kata, bubur Asyura orang Johor ni sama macam bubur lambuk. Ya, memang sama tapi air tangan ibu, lain dengan rasa bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong tu. Masing-masing punya keistimewaan tersendiri.

Terima kasih ibuku... Muahhhhh!!
😍😍😍

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, dah berasyura ye wak...
    Kita sini belim panas enjin...Nampak swdsp bubur air tangan ibu...

    ReplyDelete
  2. Bubur Asyura Selangor pun lebih kurang macam bubur lambuk, tapi tambah kacang tanah goreng.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!