Assalamualaikum...
AKHIRNYA mambang rajin kembali 😜
Dah rendam ayam awal, kononnya lepas BDR boleh terus masak tapi mood tak mari. Pukul 4 gagahkan jugaklah ke dapur. Haaa.. bila datang dia punya rajin tu, bawang pun tumbuk guna lesung batu, ko 😆
Teringat pulak halia dah habis, takkan tak jadi masak pulak kan. Panaskan minyak, campakkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan serai, ketuk dulu.
Masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Bagusnya kalau tumbuk bawang ni, air bawang tu keluar, lagi sedap. Tumis sehingga hampir garing.
Masukkan juga bunga cengkih dan buah pelaga. Yang ni jangan masuk awal sangat nanti hangus.
Masukkan juga setangkai daun kari, tumis lagi.
Masukkan 4 sudu rempah kari daging, 1 sudu serbuk cili dan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Kacau, masuk air sikit, kacau lagi, masuk air lagi, sikit sikit lama-lama jadi bukit.
Ulang beberapa kali, tiap kali pecah minyak tambah air sikit, sampailah dah cantik macam ni, masukkan ayam.
Gaul ayam tu sampai bersalut semuanya dengan rempah kari. Kemudian tutup periuk. Eh, kalau nak letak kentang, masukkan sekali.
Masak sehingga ayam kecut, lepas tu barulah masukkan asam keping dan kiub pati ayam (jika suka). Tambahlah garam secukup rasa. Kalau ada tomato boleh masukkan. Sk tak ada stok tomato.
Siap dah kari ayam kita! Whatsapp Pak Inche beritahu, Sk dah masak kari ayam tapi malas nak buat sambal belacan.
Pak Inche beli sambal belacan. Macam ni kena RM4 😆😆😆 Nasiblah.. cili mahal kan sekarang. Tu kalau jual belacan kena ada lesen, lagi mahal 😆
PI beli sayur kubis goreng jugak.
Ayam goreng wajib nanti jadi amukan.
Ulam bunga supaya awet muda
😜😜😜
fuuhhh sedapnya! sllu2 la mambang rajin tu dtg..
ReplyDeletent blh mkn sedap2.. kihkih
wowwww lepas ni nak cuba laaa guna cara tumbuk bawang pulak.. selalu blend je 🤣🤣🤣
ReplyDeleteperghhhhhh kari ayam in da house!
ReplyDeleteSedapnya! Kalau saya mesti bancuh dulu remoh kari tu, jadikan pes. Baru tau boleh masukkan gitu je terus rupanya
ReplyDeleteMahalnya sambal belacan.
ReplyDeleteNasib baik wak tak makan sambal belacan
Uiiii...Patutlah PI sayang😍
ReplyDeletePandai masak kari la..Kalah anak mami Tanjung aih...Segak pecah minykkk hellllok kari hang SK oi
Kalau cicah dgn roti pun sedap kari ayam ni...
ReplyDeleteMasak apa pun kalau ramuan ditumbuk memang lagi ummpah..lagi kalau tumbuk mambang marah meresap dalam badan,,mahu cepat je halusnya..hehehehe. Sedap ni makan roti cicah kari..aaduhh.
ReplyDeleteMasak kari dari awal hingga akhir memang menggoda selera. Dari tumis bawang sampai tutup api dapur, aromanya ....aduuusss! Tu pasal orang kata masakan kari sentiasa membangkitkan selera.
ReplyDeleteFuh.. Kari ayam, makan sekali dengan sambal belacan, memang ngam..
ReplyDeleteTudiaaa bila mambang rajin dah muncul. Sedap terus jadi kari ayamnya. Kelakar pulak bila ada lesen jadi mahal sambal belacannya. Ada betul jugak tu. Uishh ulam bunga, ulam kayangan ni.
ReplyDeleteUlam bunga tu supaya cantik tu fakta ke auta..hehehe...welll cantik kejadian kari ayamnya...SA nak masak kari ayam la weekend ni
ReplyDelete