ASAL HUJUNG MINGGU MALAS NAK MASAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum...

BILA tiba Jumaat jer, mulalah datang malas nak memasak. Asal malas nak masak jer hari Jumaat 😆


Jadinya, Sk cakap dengan Pak Inche supaya tapaulah apa-apa makanan yang dia rasa nak makan. Nasib baiklah PI dah makan nasi siangnya jadi dia pun kata, okay. Rupanya dia pun tak berapa rajin nak cari makan, cuma pesan mee goreng mamak dari Bismi Curry House 😍

Sk pulak, tapau murtabak cheese dari Murtabak Majid No 1 Kampung Kurnia yang dulu viral. Dulu laaa.. sejak pkp ni dah tak berapa nak viral. Jadi, petang tu, Sk dan Iman pekena murtabak cheese. Untuk PI, Sk tapau murtabak original sebab PI tak suka murtabak cheese.




Ada cempedak goreng jugak. Entah kali ke berapa beli cempedak. Hari tu Pak Inche beli yang siap kopek, ni Sk beli dengan bekas anak murid pulak. Alhamdulillah, semua penuh isi. Puas dah makan cempedak kali ni. Sampai habis tepung beras sebungkus, hahaha.



Burppp.. syukurrrr Alhamdulillah






Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama la...berjangkit plak sekarang ni...SA pun malas buat minum petang dah...order je...nak plak tgh demam semua malas...

    ReplyDelete
  2. hhahahaha kita pun semalam beli cempedak... blm smpt goreng uyum dah melantak cempedak banyak2 hahaha suka btul dia

    ReplyDelete
  3. Kannnn kadang2 mai teringin nak cempedak goreng tu alahaiiii tapi tu lah angin saja nanti kikiki tabah2 biji cempedak hahaha

    ReplyDelete
  4. Sblm pandemik ni hari minggu suka mkn kat luar...skrg ni kena mkn di rumah mcm biasa..lama tak mkn cempedak goreng

    ReplyDelete
  5. Uish... Mak Tang tengok je laaa.. Walaupun tangan gatal nak mencapai cempedak goreng tu Haha

    ReplyDelete
  6. Cempedak goreng tu sedap. Sekarang nak beli seulas RM1.00, kalau ulas yang kecil RM0.60. Harap² pokok cempedak yang saya tanam di belakang rumah akan membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  7. lama pulekkj xmakan cempedak goreng🤭🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!