Assalamualaikum...
AYAM Telur Masin atau Salted Egg Chicken. Hari tu, kan Pak Inche beli ayam KFC sampai sepuluh ketul, berbaki lagi tiga ketul. Selalunya, malam-malam rajin la dia meratah ayam sejuk-sejuk tapi kali ni tak berganjak pulak ayam tu. Jadi, tengahari isnin tu, Sk olah ia menjadi Ayam Telur Masin. Tak tahu kenapa rupa dia jadi macam Ayam Masak Lomak Cili Api 😝
Mulanya nak masak Buttermilk aje.. tapi teringat Serbuk Telur Masin Bestari ni banyak lagi, jadi Sk masukkanlah dalam kuali.
Cara masak, sama macam masakan buttermilk yang dikongsikan ramai. Cara Sk, mula-mula tumiskan dahulu bawang putih yang dicincang, cili padi dan daun kari, kemudian baru masukkan mentega. (Sk guna lepa susu). Kemudian apabila bau sudah harum, tuangkan susu sejat satu tin.
Kacau kacau sampai sebati sekejap sahaja, masukkan pula Campuran Telur Masin Bestari ni. Sk masukkan dua sudu.
Kemudian kacau rata, adunan akan menjadi pekat.
Masukkan ayam goreng kfc yang telah dipotong-potong. Boleh juga kalau nak guna jer ayam goreng singgit tu kot. Kalau rajin, boleh goreng ayam sendiri. Perangai malas Sk ni jangan diikut, hahaha.
Gaulkan rata supaya semua kuah tu menyaluti ayam.
Nampak pucat sangat, Sk masukkan serbuk kunyit sikit.
Hurmmm.. lapar perut tengok. Makan dengan pasta pun sedap sangat ni 😍😍😍
Menyelerakan.. Sesuai dimakan seisi keluarga..
ReplyDeleteSelalu nampak serbuk salted egg tu kat Hero tapi tak terbeli lagi.Macam sedap jer tu
ReplyDeleteKak Amie pernah belajar buat biskut bubuh serbuk telur masin. Allah! Sedap sangat. Tapi tak rajin nak buat di dapur sendiri.
ReplyDeleteNak cuba la beli serbuk salted egg ni...
ReplyDelete