Assalamualaikum...
BELI Mooncakes keluaran Starbucks Malaysia, semata-mata nak rasa keunikan perisa kuih bulannya yang lain dari yang lain 😍.
Sebenarnya ini merupakan kolaborasi antara Starbucks Malaysia dengan pereka tempatan, Christy Ng yang mengeluarkan koleksi beg bersama kuih bulan sempena Mid Autumn Festival 2021. Disebabkan ada yang cuma nakkan koleksi beg sahaja, jadi ada yang menjual mooncakes yang terdapat dalam beg tersebut. Terdapat 4 perisa dalam satu kotak iaitu Caramel Macchiato, Golden Lotus Salted Egg,
Chocolate Hazelnut Praline dan Matcha Adzuki.
Tentu-tentunya perisa Caramel Macchiato tu yang membuat kami terjebak untuk membeli.
Tak boleh nak beli satu biji, terpaksa beli satu kotak. Bagi penggemar Caramel Macchiato, tak cukup lengkap kalau tak beli minuman perisa yang sama jugak.
Pilihan Sk tentunya Hot Caramel Macchiato.
Di suatu petang yang damai, beriya la ambil sebiji kuih tanpa melihat labelnya. Yakin giler yang nak dibelah tu perisa CM.
Tengok.. kenapa macam inti biji teratai dengan telur masin aje. Suap ke mulut, hurmmm .. tak pun rasa CM. Rupanya bila belek label bungkusan, memang pun Lotus Salted Egg, kahhhh. Patutlah rasa dia sama macam Renaissance yang sedap tu.
Haaa.. ini barulah Caramel Macchiato. Jom potong!
Melelehhhhhh caramel dia. Sedap wehhh.. patutlah ramai yang minta SB jual perisa ni sahaja. Aiiii.. kalau jual yang ni aje, memang tak laku la yang lain agaknya. Tinggal matcha dengan coklat jer belum potong lagi. Iman kata, nanti yang tu kita makan sambil tengok bulan.
😝
Kak Amie suka lotus salted egg. Sedap ooooo.
ReplyDeleteSuka tengok. Tapi belum pernah makan mooncake ni.
ReplyDeletecantik dan menggiurkan... nnt nk tgklah di SB
ReplyDeleteSaya suka lotus & redbean without salted egg
ReplyDeleteSedapnyaa.....kenapa la Starbuck kat Seremban ni x buat delivery erk,eh ke ada and SA yg x tau?
ReplyDelete