Assalamualaikum...
LAWO giler kannn!
BILA Personal Shopper yang Sk kenali, yang berada di UK buka pre-order Starbucks Mid-Autumn 2021 Collection, Sk terus tunjukkan pada Iman. Terpesona betul tengok koleksi biru keemasan dengan arnab comel tu. Tak lama kemudian, Iman beritahu, Starbucks Malaysia pun dah keluarkan kenyataan, koleksi ini akan dilancarkan dan mula dijual di Malaysia mulai 20 Ogos 2021. Maka berzikirlah dua beranak nak pergi beli koleksi terkini. Sk bukan pengumpul tegar sb tapi Sk suka beli travel mug untuk mudah minum air panas dalam kereta. Yang kipas susah mati tu, Si Iman la.. seram sangat dengan dia ni tau 😅
Dari sana, kami ke cawangan lain yang tak jauh dari situ. Haaa.. tataw nama tempat tu yang betul, Sunway kot. Kalau yang tadi, buka pukul 8 pagi, yang ni buka pukul 11 pulak. Di hadapan kami telah terlebih dahulu dua orang beratur nak masuk. Ada lagi setengah jam baru boleh masuk. Dapatlah kami tengok persediaan staf sebelum cafe dibuka. Tak lama, datang lagi seorang beratur belakang kami, peramah orangnya, dia beritahu datang dari Uda, mak aih.. gigih tu.. hihi.
Kalau kedai buka pukul 8, kami sampai pukul 10, koleksi dah habis terjual tu, logik ya. Ni, kedai belum buka, tapi itu jer yang tinggal, ini macam something wrong somewhere tau. Cold tumbler tu betul-betul tinggal dua pulak tu. Nak teruskan beratur ke tak ni? Mesti Iman kecewa kalau tak dapat cold tumbler tu kan.
Sebaik pintu dibuka, masing-masing terus masuk untuk imbas mysejahtera. Kali ini, Sk imbas MS terus sekali dengan Iman. Biasanya Iman yang tukang imbas, hehehe.. sebab Sk suruh Iman cepat-cepat grab tumbler yang tinggal dua biji tu, huhu. Iman jadi pelanggan pertama bayar sebab yang lain masih belek-belek nak beli yang mana agaknya.
Yang di sebelah kiri Sk punya dan di sebelah kanan Iman punya dapat dari cafe sb yang berlainan. Nampak tak kegigihannya di situ. Tak habis kat situ ya. Dah balik rumah, dok membelek tumbler Iman lepas tu macam teringinlah pulak nak ada cold tumbler jugak. Iman pun tolong DM, tengokkan outlet mana yang masih ada. Dapat jawapan dari outlet Midvalley Southkey, masih ada stok. Sk tanya, kalau nak bayar online dulu, dia minta snap barcode pada kad sb sayangnya kredit tak cukup, nak top up kena guna credit card la pulak. Terus kami sarung tudung keluar balik, janji dengan staf tu nak ambil terus sekarang jugak, dia pun kata okay.. baru nak sampai danga bay, staf sb mesej, beritahu dah habis. Sampai hati awak tak simpankan untuk kita yang dah janji nak datang...
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tak apo laaa.. selamat duhetttt!
😜
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih