Assalamualaikum...
TERIMA kasih jiran depan rumah sebelah kiri, bagi Sk betik yang ditanamnya sendiri depan rumah. Sk tengok buah betiknya bergayut-gayut masih hijau lagi. Rupa-rupanya di sebelah bawah beberapa biji sudah mula ranum. Kebetulan Sk nak pergi kerja dan berpatah balik ke rumah menghantar sarapan untuk Iman. Terus dipetiknya sebiji dan hulur depan pagar.
Selepas sehari, nampaknya buah betik telah cukup masak. Iman kata, bentuknya sama macam gambar buah betik yang selalu dilukis dalam buku teks sekolah 😆
Buahnya kecil di bahagian atas dan gemuk lebar di bahagian bawah macam buah pear. Bahagian atasnya cuma ada beberapa butir biji betik. Teringat pulak dulu seorang kawan buat pertandingan kira biji betik 😅
Tak ada seorang pun yang berjaya menjawab dengan betul.
Manis tak betik tu?? Oh, manis sungguh.. dah wassalam pun...
🤣
Bagus buah betik.. favourite!
ReplyDeleteSedap ni . CCL lepas kupas masukkan kejap dalam peti sejuk barulah makan .
ReplyDeleteLaaa..mula pandang ingatkan butternut pumpkin....rupanya fayafa...hihihi
ReplyDeletenak sikit sis haha
ReplyDeleteElok betiknya tu kak. Alhamdulillah dapat rezeki buah betik jiran bagi. Sedap makan buah betik fresh.
ReplyDeleteFresh. Sedapnya.
ReplyDeletesedapnya betik! kalo dpt ni mmg skali harung je mkn.. haha
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat betik segar. Semoga pokok betik jiran terus berbuah lebat.
ReplyDeleteSedapnya buah betik ni..fresh..
ReplyDelete