SOTO AYAM MAK PON DAN SATE DI HARI CUTI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

SEJAK semalam, Sk dah cakap dengan Pak Inche, esok (hari ini) nak masak soto. Rancangan nak masak soto ni sebenarnya dah beberapa kali tertunda. Ayam untuk masak soto pun, Sk dah asingkan dalam satu bekas yang mengandungi bahagian-bahagian ayam yang banyak isi, juga leher dan kaki ayam. Bila Pak Inche tapau soto hari ahad tuari, keinginan nak masak soto makin membuak sebab tak puas makan soto beli, hihi.


Guna rempah soto segera Mak Pon aje yang dibeli dari shopee. Mudah dan boleh dipercayai. Tak perlu nak kopek bawang atau rempah segala, semua dah siap dan tidak perlu ditumis pun, terus masuk dalam air bersama ayam. Cuma, cara Sk, rebus dahulu ayam guna pressure cooker bersama serai dan halia. Sk set HP15, selepas melepaskan wap, keluarkan ayam dan carik isinya, kemudian masukkan semula tulang ayam dalam periuk, tambah air secukupnya, masukkan satu kiub pati ayam dan bahagian pangkal pokok bawang. 


Macam selalu, bihun untuk Pak Inche dan nasi impit untuk Sk dan Iman. Nasi impitnya konon nak beli yang siap diimpit di Kedai Runcit Haji ASK, sekali... dah habis daaaaaa. Sedih tapi nak buat macam mana dah tak ada rezeki. Iman pasrah aje makan Bihun Soto, janji ada taugeh dan bergedil. Taugenya ya ampuuunnn.. gemuk dan ranum. Ekornya kontot-kontot, Iman terkejut ingatkan taugeh dah siap siang 😆


Disebabkan nasi impit tak ada, Sk beli numee gardenia. Jika diberi pilihan, Sk memang lebih menggemari mee kuning daripada bihun. Bukan saja tu, Sk sangat suka makanan yang dibuat dari tepung gandum seperti roti, lempeng dan jemput-jemput 😂😂😂


Sedang menikmati mee soto, Iman beritahu, nanti petang, ada orang nak hantar sate, Cikwa belanja. Patutlah masa memasak asyik berbunyi-bunyi jer whatsapp masuk. Sk kalau tengah sibuk kat dapur, memang lamberttt la nak tengok handphone 😂


Malam, nak mengulang makan soto sambil makan sate yang dihantar Cikwa dari jauh 😍, datang dapur. tengok-tengok Iman dah siap hidang sate. Tengok-tengok ada nasi impit. Teruuuuuussss pindahkan semua nasi impit dalam mangkuk, nak makan soto nasi.


Kongsi semangkuk dengan Iman. Iman kata, nak bonda suap. Nak menangis makan, nikmatnya soto nasi. Dapat jugak makan soto nasi hari ni 😍


Pak Inche memang tak makan nasi impit, dia makan bihun jer. Taugeh pun dia tak mahu. Tapi, kalau taugeh dalam mee goreng, kuey teow goreng, mee goreng, dia makan. Sayur taugeh pun dia makan. Mungkin dia tak suka taugeh mentah kot, hihi.

Terima kasihlah Cikwa belanja sate. Semoga Allah swt gantikan dengan rezeki yang lebih banyak. Rezeki wang, rezeki makanan, kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Sedap satenya, kuah pun sedap, siap bungkus balut dengan aluminium foil bagi mengekalkan kepanasannya. syukurrrr Alhamdulillah.

🥰🥰🥰












Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lama tak makan soto.. Dulu masa kerja, sarapan pagi selalu makan mee soto.. Sekarang kedai dah tak bukak.. Susah nak makan..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak soto tu...taugeh fav saya juga...saya tak pandai masak soto sedap

    ReplyDelete
  3. Pes Soto MakPon je kita belum pernah try kak.. asyiklah mee bandung aje hahahaha.. nanti nak beli jugalaaaa

    ReplyDelete
  4. Rezeki sangat tu ada orang belanja sate. terasa-rasa diri ini berada di celah-celah situ hihihiiii.

    ReplyDelete
  5. Alaaaa..sedapnya....terus rasa nak buat soto plak...SA dah la jenis cepat terjebak ni....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!