Assalamualaikum...
TENGAHARI ini masak Bihun Goreng Putih sajo. Setiap kali nampak Bihun Goreng Putih macam ni, mesti teringat dengan arwah Mak Usu Sk sebab arwah Mak Usu yang rajin masak bihun putih ni. Kadang, kalau teringin nak makan, cakap dengan Mak Usu, nanti Mak Usu buatkan. Mak Usu ni adik ibu, dulu kami tinggal berjiran.
Sk masak bihun macam ni sebab pertamanya nak habiskan baki bihun yang makan dengan soto tu. Sebab keduanya laparrrr 😆
Baki bihun tu tak banyak pun, jadi tambah lagi bihun yang ada separuh bungkusan. Nak masak pun sonang banget.. tumis bawang putih cincang, masuk baki sosej pagi tadi 😜, kiub ikan bilis, kacau sebati, kemudian masukkan bihun, gaul gaul gaul.. tabur serbuk lada hitam, masuk taugeh dan daun bawang, gaul lagi sampai sebati, siap.
Nak makan, jangan lupa cili padi potong.. tuang kicap cair, perghhh!!!
favret saya nie..selalu sy makan dgn cili jeruk..hehe
ReplyDeleteEh,rasa macam saya juga dah lama tak masak mihun putih ni.Macam nak masak la...hihihi
ReplyDeletefeveret kami sekeluarga ni.. sedapp
ReplyDeleteKita kalau bihun putih ni fail betul kak nak buat... asyiklah tak menjadi hahahaha
ReplyDeleteTakut pula tenguk cili hidup ijau tu
ReplyDeletelama x masak menu ni.. kalau sy msk sos tiram jugak.. lepas tu kena ada hirisan telur dadar.. siap utk bekalan anak ke sekolah.. eh sekolah mana bukak..hahaha
ReplyDeleteSedapnyaaa..kepingin pulakk melihatnya
ReplyDelete