HOT DOG JER MALAM NI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

PAGI tadi sebelum mengundur kereta keluar pagar, Sk pesan pada Pak Inche supaya makan nasi tengahari. Ahad hari tu, dia ke Jaya Grocer dengan Iman, beli roti frankfurter sebungkus. Katanya nak buat hot dog tapi dah hari rabu pun masih tersadai rotinya. Kalau dah makan nasi malam, siapa yang larat nak makan hot dog, kan. Jadi, Sk cakap, malam ni makan hot dog jer 😍


Tak senonoh betul rupa hot dog. Dah rotinya kecik sangat 😆 Tu nasib baik letak salad aje, kalau ada timun dan tomato entah macam mana nak sumbat. Petang, balik dari stabak, tanya Iman, nak berapa ketul, dia kata, nak seketul aje. Pak Inche pagi tadi dah pesan nak dua ketul. Jadi, Sk buat lima la, Sk seketul, lagi seketul siapa-siapalah kot tak cukup nanti, kan 😜


Masa nak makan, Iman tanya, yang dua ketul tu siapa punya? Sk kata, kalau nak makan dua ketul, ambiklah.. atau nak makan satu setengah, bonda satu setengah. Sekali Pak Inche kata, nak la lagi setengah tu.. kahhh.. PI makan dua setengah ketul, Iman makan seketul setengah. Sk memang makan satu jer, kurang sikit burger ke.. hot dog ni.. lempeng suka laaaa 🤣🤣🤣


Anak bapak cakap tak kenyang.. buat muka sedih sambil colet sisa sos dalm pinggan. Sk cakap, kalau lapar lagi, orderlah Permit Tomyam. Pak Inche geleng-geleng kepala. Macam tu, order Bismi Curry House, nak? Dua beranak laju-laju angguk kepala
😂


Roti telur dua, dah dingap sorang sekeping. Order maggi goreng jugak tapi Iman kata, yang ni nak makan esok pagi, kenyang dah makan roti telur. Pak Inche pun la.. baru kenyang makan roti telur. Tulah.. dan ke.. dia jugak yang sibuk beli roti frankfurter tu.. tak makan kalu.. tiberrr kulat jer yang tumbuh.. tak pasal membazir 😅

Nampaknya esok malam kena masak nasi laaaa jugak. 

😂😂😂

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jadi ler. Kita suka hotdog daging brand Ramlee😁.

    ReplyDelete
  2. okayy lahhh besokk nak buat roti hotdog🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Eh,baru perasan lama tak makan hot dog.Terliur pulak tengok

    ReplyDelete
  4. Yarabbi sedapnya...boleh la buat untuk dania style cenggini...dia bab macam ni memang dia suka la

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!