Assalamualaikum...
KATA Ummi Cella, kalau di kampung dulu-dulu, sebelum ada Ayam Masak Merah, inilah antara masakan yang selalu dihidangkan semasa kenduri, dipanggil Ayam Masak Cabai. Seingat Sk, macam pernah kudengar nama masakan ini disebut arwah mak mertua. Yang pasti tiap kali balik kampung, waktu tengahari mesti ada Ayam Masak Cabai dan Gulai Ikan Temenung. Kalau menu lain sikit, Ikan Temenung Masak Lemak Kuning Daun Kunyit. Selain tu jugak, selalu kami dihidangkan Sambal Taukua.
Jika ditolak dengan umur mak semasa meninggal, 93 tahun dengan usia perkahwinan Sk, 21 tahun, maknanya masa pertama kali Sk balik kampung, usia mak dah 72 tahun. Dalam usia tu, mak masih larat memasak. Subuh hari dah terdengar bunyi lesung batu dan blender. Kalau sarapan untuk anak menantu, memang penuh meja dengan nasi lemak, bihun goreng, cucur jagung. Kalau petang ada popiah basah atau lopes. Kalau mak masak kari, lepas tumis bawang, dia akan tinggalkan menyapu daun kering di halaman. Api paling kecik, Sk pulak yang risau hangus.. hihi.
Sk belajar tengok cara mak masak. Tapi, macam popiah basah dan ketupat palas tu, memang mak tunjuk sungguh-sungguh la. Masuk jugak kepala otak tapi tidak dipraktikkan. Kalau ketupat palas tu, bolehlah buat sendiri. Popiah basah, yassalammmmm.. kelaut nak membuat kulitnya tu 😜
Sedapnya ayam masak cabai.Kalau orang tua-tua dulu masak lagi la sedap.Air tangan depa lain..Bab popia basah tu saya belum khatam jugak...Nak kena belajar lagi..hihihi
ReplyDeleteMasak ayam sambal ni memang sedap
ReplyDeleteAda rakan sekerja, orang Kedah. Pandai buat kulit popia. Baik popia basah, atau popiah yang digoreng. Dua-duanya sangat sedap. Tak sempat berguru sebab kawan tu dah balik Kedah. Cerita cabai ayam cabai ni teringinlah pulak nak try di dapur sendiri.
ReplyDeleteMasak cabai ni menu wajib kami dkt rumah hahahaha. sampai cakap dkat mak dah2 la masak masak cabai ni ikan masak cabai teloq masak cabai ayam masak cabai semua lah nak dicabaikan haha
ReplyDeleteDulu mkn ayam msk cabai ingtkan ayam masak merah sekalimpedas yakmat tp sedappp... kenangan kursus BTN kt gunung pulai ms study dlu.. org kpg masak tu yg semua sedap lauknya.. dh jd mcm bercuti pulak kitorang mkn tdo je keja
ReplyDeleteAyam masak cabai tu memang nampak sedap!!
ReplyDeleteTakpe kita habaq kat awak, walau kita x rasa tp rupa tu dah nmpk delicious sangat ahaha
sama la. x pernah jemu mkn ayam. kalau beli nasi campur dkt luar, mesti kena ada ayam jgk..
ReplyDelete