CHAR KUEY TEOW DAN YONG TAUFU UNTUK MAKAN MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
Assalamualaikum...

Astghfirullahalazim... 

Sepanjang siang ni langsung tak buat apa pun kerja rumah. Menyapu tidak, membasuh tidak, mengemas tidak. Cuma pagi tu la melempeng. Pukul 2.30, suruh Iman masak nasi, Sk panaskan lauk Sambal Sotong yang dimasak untuk makan malam semalam. Selain tu tak buat apa, yang tadi kata nak melipat kain pun, eksyen jer lebih. Sudahnya melipat kelopak mata sambil diringi bunyi hujan 😂😂😂


Masa makan malam semalam tu la, Pak Inche cakap, balik kerja nanti dia beli Char Kuey Teow aje. Tak payah masak. Suka bebeno la Sk kan. Rasa macam tak berhenti-henti memasak. Bukan tak bersyukur ya, cuma sedikit penat dan jemu jugak. Iman pun kata, penat basuh pinggan mangkuk 😂 Eleh, baru basuh pinggan mangkuk, belum periuk belanga lagi.

Cerita pasal Kuey Teow, Iman la, katanya rindu dengan Aat Char Kuey Teow di Kuala Ketil. Dekat JB ni, dah lama tak nampak orang jual kuey teow goreng stail Aat yang agak berkuah tu. Sekali yang PI beli ni, sebijik pulak rasanya dengan Aat kat Kuala Ketil tu. Cili jeruknya pulak, guna cili padi. Memang mengaruk laaaa 😅

Selain Kuey Teow, PI ke Kampung Melayu tapau Yong Taufu. Dia memang, manalah cukup setakat kuey teow sepinggan. Ada jer yang lalu lalang dalam kepala dia. Beli pulak bukan sikit-sikit, seperiuk terusssss.

Burppp.. Alhamdulillah 😍


Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wow... walau kita x berapa suka sangat basah2 hehee tp klu masih panas, kita telan aje tu ehhehe....

    Dinner kami tadi makan puree je hahaha
    Uyum sibuk nak buat puree lagi :D

    ReplyDelete
  2. Lama juga tak makan Yong Tau Fu. Dekat Melaka ni ada kedai Yong Tau Fu yang sedap

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala off masak, siapa je tak suka hahahaha.
    Baru betul char kueh teow kering, ni biasa orang buat basah ada kuah hahaha.

    ReplyDelete
  4. Rindunya nak makan yong taufu sup...
    Nak buat tak reti + tak rajin😁

    ReplyDelete
  5. sedapnya char kuey teow, rindu nak mkn yg dkt penang punya..

    ReplyDelete
  6. Kita sekarang senang nak makan kue tiaw, jiran sini ada buat kuw tioaw Ipoh Kak, order je panas-panas sampai rumah, sedap nak mateyyy hahahaha

    ReplyDelete
  7. Yang basah ni sedap makan panas-panas..tapi char kuey teow ni memang antara kegemaran keluarga PC.

    ReplyDelete
  8. Skrg ni semua tapau bila tapau kekadang ckt yg basah ni jd kerimg bila dh smpai rumah...hahaha

    ReplyDelete
  9. seda pchar kuey teow ni .. kalau masak guna cast iron wok lebih best

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!