NASI LEMAK DAUN PISANG SAMBAL LALA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...


TAK boleh dibayangkan orang menjual nasi lemak daun pisang, setiap hari membungkus beratus bungkus nasi. Sk nak membungkus satu pun macam terkial-kial 🤣

Semalam, Pak Inche minta masak nasi lemak lagi. Sebab cili kisar pun ada banyak, Sk okey sahaja. Iman pula mengajak cari gerai Kopi Hainan, petang tu. Terlanjur keluar, Sk singgah kedai. Cuma nak membeli bahan-bahan masak nasi lemak yang tak wajib ada tapi kalau ada lagi sedap. Daun pandan dan timun, tak ado pun tak apo, kan, hihi. Nampak pulak daun pisang bergulung segar hijau-hijau lagi. Capai aje laaa terusss.


Hurmm.. tak kemas bungkusan nasi lemak tu. Bolehlah buat syarat. Macam biasa sekarang, kalau masak nasi lemak, tugasan melenggang telur diserahkan kepada Iman. 


Buat empat bungkus aje, Sk dan Iman makan sebungkus, Pak Inche dua bungkus. Suka sangatlah dia, minta nasi lemak biasa tapi dapat nasi lemak daun pisang. Teringat arwah mak mertua Sk dulu, akan bungkus nasi dengan daun pisang khas untuk anak busuk bongsunya ni 😆


Bila PI minta masak nasi lemak ni, Sk terus teringat isi lala kering yang dibeli di Tanjung Dawai tahun lepas. Jadi, Sk masak sambal lala, selalu masak sambal kosong aje.


Ngam sepinggan lagi baki nasi lemak pagi ini. Sk goreng telur mata kobau je. Iman.. Sk buatkan sarapan sandwich telur, sama la bekal PI pergi pejabat. Syukurlah semua kenyang belaka pagi ni.

Burppp.. Alhamdulillah 😍




Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaa.. Lala kita duk bedal buat nasi goreng aje kak hahaha tak nyempat nak buat sambal dah...

    ReplyDelete
  2. Warghhhh suka bau nasi lemak daun pisang!!

    ReplyDelete
  3. Nasi lemak daun pisang memang best..

    ReplyDelete
  4. Iman memang pakar melenggang perut.
    Aroma nasi lemak bungkus daun pisang tu yang kita cari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloloooo...sorry typo # telur bukannya perut!

      Delete
  5. Kita bungkus dalam tupperware retilah! 😆

    ReplyDelete
  6. Aroma santan nasi lemak, dengan aroma daun pisang tu jangan buat main-main,,boleh bertambah makan.

    ReplyDelete
  7. Hijau helok daun pisang tu.Saya dah seminggu beli daun pisang tak buat oun lagi...hihihi

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sambal lala...sedap k=juga sambal kerang or sambal sotong...alahai.....terus teringin..tapi pg tadi dah buat nasi lemak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!