SAMBAL SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum...


MASAK Sambal Sotong ni hari Khamis beberapa minggu lepas. Boleh dikatakan masakan sambal ni antara masakan yang Sk paling mahir memasaknya. Apa ketidaknya, kalau dah dalam seminggu dua tiga kali ulang masak sambal, kan. Sejak pkp 3.0 ni pulak, asyik mengisar cili aje kerjanya. Sekejapan dah habis. 

Tak susah mana masak sambal sebab cili dan bawang dah siap kisar. Sambil tumis cili, sambil siang sotong. Tumis cili dn bawang hingga pecah minyak dan setiap kali ia pecah minyak, masukkan air sedikit-sedikit. Kalau masak sambal sotong, sotongnya goreng sekejap dalam sedikit minyak untuk mengeluarkan air sotong supaya sambal kita tak menjadi gulai. Selalu dengar peribahasa 'nasi sudah menjadi bubur'.. jangan nanti ada peribahasa 'sambal sudah menjadi gulai' 

😆

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masuk dapur Kak Amie tadi, dijamu asam pedas sotong.
    Masuk dapur SK pula dijamu sambal sotong.
    Kenyang makan sotong malam merdeka ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.... menyotong sempena sambutan kemerdekaan.

      Delete
  2. Dapat cicah dengan roti canai pun sedap ni..

    ReplyDelete
  3. Kak Amie semalam menyotong juga. Kalau Sk buat entri sambal sotong beberapa minggu lepas punya, Kak Amie masak sotong yang entah berapa lama duduk dalam freezer.

    ReplyDelete
  4. Dapat peribahasa baru lagi hari ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya . CCL suka guna sotong kering buat sambal

    ReplyDelete
  6. All time fav ni...sedap...kalau dapat buat kering2 pun sedap..tapi x pandai sanagt...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!