NASI BERIYANI TOK MA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

MINGGU lepas, Kak Narimah bertanya kepada Sk, jika berminat menghadiri kursus Pemerkasaan Bahasa pada minggu ini. Sk baca kad jemputan sekali imbas, kursus berlangsung pada hari ahad, iaitu hari Sk BDR. Jadi, sejak sabtu, Sk dah mengingatkan PI, yang Sk akan berkursus. Nanti bab makan, dari pagi sampai tengahari tu pandai-pandailah PI mengurusnya. 

Pukul 8 pagi semalam, Sk dah bersedia untuk berkursus. Kak Imah kata, dia akan kongsikan maklumat berkenaan kursus pagi itu. Tunggu punya tunggu punya tunggu dah pukul 10.40 pagi, barulah Kak Imah hantar link. Hurmm.. dah lambatlah Kak Imah, boleh lagi ke masuk? Kak Imah kata, apa yang lambatnya? Kursusnya esok (isnin/hari ini). Terus Sk hantar emoji gelak berdekah-dekah, rupanya Sk salah hari daaaaaa.


Walaupun tak jadi kursus namun rancangan asal tengahari tu, nak order online Nasi Beriyani Tok Ma tetap diteruskan. Masa pkp tahun lepas, Sk memang selalu order bila malas masak. Jadi, semalam teringat-ingat pulak dah lama tak makan NBTM. Boleh jer kalau nak keluar tapau sendiri, tapi dah ada delivery, jadilah kita manusia yang makin rajin 😜

Beriyani Daging untuk PI
Ayam untuk Sk dan kambing untuk Iman. Satu set nasi disertakan bersama acar jelatah dan sekeping papadom. Dapat percuma secawan air jagung.. Iman kata, kenapa tak tiga cawan 😆 Telur rebus sendiri.

Burppp.. Alhamdulillah 😍😍😍


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. excited nk kursus smpai tersalah ari.. hihikk

    sedapnyaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  2. Pinggan hujung tu macam beriyani berkuah...sluurppp sluuurrpp!

    ReplyDelete
  3. Itu namanya hikmah tersalah tarikh...hahaha

    ReplyDelete
  4. SA pun dah lama x makan nasi beriyani.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!