AYAM MASAI CABAI LAGI DAN LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

"KU MENANGISSSS.." lawak Pak Inche selepas suapan pertama makan malam hari ini. Sedap tak terkataaaa, katanya. Hari ni, lagi sekali dia minta Sk masak Ayam Sambal atau Ayam Cabai ni. Walaupun Sk kata, masak kari.. tetaplah nak jugak masak cabai. Cili kisar pulak dah habis, lepas BDR, gigihlah Sk menggunting cili kering yang baru beli. Cili kering tu pulak dah lama Sk mengidam nak membeli sebab nampak cantik sangat tapi tangguhkan dulu sebab stok cili kering masih ada lagi. Tu yang semangat jugak nak menggunting tadi, geram tengok biji cili berguguran dari celah lubang bakul menadah cili.


Kemahen lawo kan merah sambal tu. Cili kering beli dari kedai runcit kegemaran Sk, Haji ASK. Cilinya pun tak pedas tapi bukan tak pedas langsung tau. Sedap jer rasa cili dia. Taklah sampai berdesing atau berasap telinga, hihi. 

Iman kata, jangan masak lauk ni lagi sebab lauk ni buat dia bertambah nasi. Jangankan Iman, dengan Sk sekali bertambah nasi. Pak Inche haruslahhhh bertambah juga. Penangan Ayam Masak Cabai, habis nasi seperiuk. Padahal Sk masak lebih tu. Sambil makan, boleh bincang pulak lauk esok dan tiga beranak bermuafakat esok malam tak nak makan nasi tapi nak makan spaghetti bolognese. Haaaa.. jom siapa nak join masak spaghetti bolognese 
😂😂😂

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau ada lada kering yang maha pedas tu memang tak tahan rasanya

    ReplyDelete
  2. wahh.. dh ada menu uk mlm besok pulak dh.. tp mmg cantiklah kaler ayam cabai tu kak

    ReplyDelete
  3. Mesti terangkat masa makan tu.. sedap lain macam barangkali.

    ReplyDelete
  4. Dah lama x buat ayam masak macam ni...nampak sedap tu ha....haih...terjebak..nak kena buat ke ni...

    ReplyDelete
  5. Pedas memang buka selera. Tak boleh menafikan akan fakta ini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!