SUN NO DATE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

HUJAN yang berguguran sejak awal pagi membawa cuaca sejuk hari ini. Disebabkan hari ini merupakan hari BDR bagi Sk, jadi tugas Pak Inche menyediakan (baca -beli) sarapan. Minggu lepas, kemahennya rajin siap beli sate di Pasar Peladang. Hari ini datang pulak kemalasan kerana hujan. Jadi, dia minta Sk order makanan dari Bismi Curry House jer.


Sementara tunggu makanan yang dipesan sampai, Sk bancuh nescafe. Pagar rumah Sk buka awal-awal, jadi tidaklah kehujanan runner yang menghantar pesanan.  Hurmmm.. walaupun kita sedang BDR, kita jugak kena mengambil berat semuanya tu.

Kali ini, Sk rasa nak makan puri, untuk Iman, roti telur dan tosei untuk Pak Inche. Selesai sarapan, mengadap laptop di ruang tamu pulak sambil ditemani kucing-kucing yang ketiduran termasuklah 'kakak' kucing sekali 😸😸😸


Roti Puri dengan Kentang Masala.
Hurmm.. dah tak kembong rotinya macam makan kat kedai. Tapi tak apalah, demi kebaikan semua, lebih elok cuma dibenarkan membungkus makanan kerana info yang Sk baca, makan di kedai atau di luar juga salah satu penyumbang merebaknya virus. 

Semoga yang baik-baik sahaja akhirnya nanti. 




Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...tak lepas dari mamak taste yer...pekena hujan2 memang terangkat selimut..hihihi..

    ReplyDelete
  2. selamat hujung minggu kak... eh sorry lupa ahad sana keje eh...

    ReplyDelete
  3. Betul, sekarang ni lebih baik buat pesanan dan tunggu di rumah. Sementara waktu. harap segera berakhirlah.

    ReplyDelete
  4. Untung kucing ada kakak ye.
    Kentang masalah tu...suka...suka sangat!

    ReplyDelete
  5. Rindu nak lepak mamak...makan roti canai panas- panas atau makan maggi goreng panas- panas kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!