KETAM LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...


SAMBIL Berehat Bekerja Di Rumah hari Ahad lepas, Sk masak Ketam Lemak Cili Api. Ada yang mengata, masa BDR siap memasak. Dah tu, kau nak tanggung belanja grabfood dengan Foodpanda hari-hari ke? Kalau tak memasak, macam mana nak makan? Oh, ok... Lepas tu mengata lagi, masa BDR buka (post) facebook. Yang kau tak post kat facebook tu pun tentu-tentu buka facebook jugak kan.. sebab tu tahu orang post apa di facebook. Eh, dia mengata pulak bab kita beli pinggan portmeirion macam kita mintak duit laki dia. Kalau diikutkan darah Sk yang masa muda-muda dulu, rasa macam nak serang dan cilikan aje mulut tu 😡 pakkal dah tua remaja purba ni, cool sikit.


Ahad lepas, balik dari tapau Soto Skudai, Pak Inche singgah ke Pasaraya Hosey. Tengok ketam baru disusun atas tray, jadi dia beli empat ekor dengan sotong lima ekor. Geram tengok ketam-ketam tu, lama sungguh rasanya tak makan ketam masak lemak cili api. Walaupun PI awalnya minta masakkan ketam sambal, akur juga dia dengan masakan pilihan Sk.

Kali ini, Sk guna tiga ketul kunyit hidup dan 31 biji cili api montel, kisar halus bersama sedikit halia. Panaskan dalam kuali bersama serai yang diketuk hingga cili masak, baru masukkan santan cair dan asam keping. Kemudian, masukkan ketam, bila dah mendidih, masukkan santan pekat, garam, ajinomoto dan daun limau purut. Masak sehingga ketam masak dan santan mendidih sekali lagi.


Tiga ekor dari ketam tu, betina, banyak pulak telurnya. Sejak kahwin, Sk belajar makan telur ketam goreng. Telur ketam gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng dengan sedikit minyak. Sedappppp 😍😍😍


Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Fuh mantap ni makan dengan nasi panas ada ulam timun pun dah bersorak sakan perut kekenyangan.

    ReplyDelete
  2. Alaaaa...kat pasar tadi ada ketam besar2 x beli plak...sebab baru lepas makan sup ketam...erm...kena pi Pasar Besar lagi la nanti....x leh jadi ni..nak masaka lemak cili api jugak

    ReplyDelete
  3. Kita bukan baru masak sejak BDR ni kan...?
    Lahir2 ja kita dah masak kan...🤣sebelum wujud BDR lagi..
    Hihihi tiba2 jd fire stone🤭🤭

    ReplyDelete
  4. Kalau SK nak cilikan molot si doa tu, Kak Amie boleh carikan cili paling pedas di dunia hahahahaa!
    Masak guna bilangan ganjil ye, kunyit 3 ketul, cili api 31 bij. Mantap!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!