Assalamualaikum...
BARU nak menyandor ni haaa 😂😂
Hari ni, Pak Inche hantar selenggara kereta jadi dia suruh Sk ambil dia di pusat servis kemudian pergi beli barang dapur yang dah habis stok. Kali ini, dia kata nak shopping di Giant Plentong, lama tak ke sana. Kalau dulu, jika lambat sikit, dah penuh parkir tapi sekarang boleh pusing-pusing dalam kotak parkir sebab tak ada orang 😆. Tapi, kami sampai tadi pun awal jugalah, baru 10 lebih. Salute dengan pengawal keselamatan yang menjaga pintu masuk parkir di tingkat atas yang begitu berhemah ketika memeriksa status pelanggan di aplikasi My Sejahtera dan menunjukkan laluan pelanggan turun ke tingkat bawah kerana eskelator rosak. Semoga dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga.
Betul masih dihadkan hanya dua orang sahaja satu kenderaan. kalau tak iman boleh juga ikut pusing-pusingkan.
ReplyDeletesedap mkn nasi campur time lunch..
ReplyDeleteuuii.. Sedapnya.. Hehe
ReplyDeleteSiap ada taugeh lagi tu. 👍
ReplyDeleteSA masak sikit je hari ni...badan x sihat...nak beli malas plak nak keluar...apa ada jer la SA masak...
ReplyDeleteAlolooo Iman bolehlah gang dengan Firdaus, duduk sendiri di rumah kalau Mommy & Babanya keluar makan hihihiii.
ReplyDeleteWahh nampak macam nasi kerabu versi nasi putih hehe
ReplyDeleteEh sana masih SOP 2 orang 1 kereta ke?