MAKAN DI dapoq SCHOMBI JB

 Assalamualaikum...

NAMPAKNYA dalam seminggu dua ni, tiada makan-makan di rumah kenduri. Tekak Pak Inche pulak,dah gatai nak pekena masakan kenduri orang utara. Semalam, masa Sk pelawa untuk makan nasi waktu tengahari, dia sombong kata masih kenyang makan Roti Telur dan Mee Rebus. Cuma minta Sk panaskan murtabak yang dibeli di pasar malam (hari apa tak ingat). Dah petang, mengadu lapar dan mengajak Sk ke Restoran Dapoq Schombi yang terletak di Taman Molek, selepas mengambil Iman dari pejabat.

Baru Sk tahu, dapoq Schombi di Taman Molek ni merupakan cawangan dapoq Schombi Johor Bahru. Mengetengahkan menu kenduri dari utara, dapoq Schombi sebelum ini telah dibuka terlebih dahulu di Shah Alam, Selangor.

Kalau Johor terkenal dengan nasi beriani, pantai timur terkenal dengan nasi minyak, di utara pula terkenal dengan nasi tomato. Terdapat empat pilihan lauk di sini, iaitu, Ayam Ros, Ayam Bawang, Daging Mamak dan Kurma Kambing. Setiap hidangan didatangkan bersama dalca, acar jelatah dan minuman sirap selasih.


Bukan waktu puncak atau waktu makan tengahari, suasana dalam restoran ada lengang. Restoran sangat selesa dengan kemudahan tandas serta yang penting, surau juga disediakan.


Bila sebut Schombi, terus teringat cerita Kassim Selamat Ibu Mertuaku. Lepas ni nak panggil Iman, Schombi laaa.. hahahaha.


Nasi Tomato, Ayam Bawang, Dalca dan Acar Jelatah untuk Sk. Nasi tomato sedap, tapi kalau ada kismis, mesti lagi sedap. Acar jelatah segar dan masih rangup, tidak lodoh. Tahu ke, lodoh tu apo?


Nasi Tomato, Ayam Ros, Dalca dan Acar Jelatah, untuk Pak Inche. Saiz potongan ayam sangat besar sampai tak terdaya nak makan sampai tinggal tulang.


Minuman Sirap Selasih, termasuk dalam set hidangan. Suka gigit telur katak biji selasih yang kenyal-kenyal tu.


Iman pilih Daging Mamak, anak mamaklah katakan. Iman tak makan acar jelatah, jadi sukalah SK dapat makan acar lebih. Dalca di sini terlalu pekat, dalamnya ada potongan terung dan carrot.


Perkhidmatan cepat dan pantas, mungkin sebab tak ramai pelanggan. Masa kami sampai, cuma ada tiga pelanggan, campur kami, jadi enam. Tak lama, sampai lagi dua. Yang tiga orang tadi balik lebih dulu, diikuti kami bertiga. Saja cerita sebab nanti pembaca pelik pulak tengok restoran kosong, hehe. Lagipun masa ni dah hampir pukul 6.


Bagi mereka yang tak kuat makan, bolehlah berkongsi hidangan sebab portionnya besar. Kami yang kuat makan ni pun senak nak menghabiskan. Sk cadangkan, kalau datang berlima atau berenam, boleh ambil Set Kenduri (empat orang makan) tu, kalau tak cukup, minta tambah nasi aje.



10, Jln Molek 1/5C, 
Taman Molek, 
81100 Johor Bahru, Johor

Tel +60145146544

Waktu Perniagaan : 
Isnin - Sabtu 11AM - 8PM

Ahad TUTUP

Post a Comment

9 Comments

  1. Ye Kak, kawan kita pun kata sedap dan portion besar.. nanti nak try gak lerr, rindu plak makan nasi kenduri..

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaa.....makan nasi kenduri sedapnyaaaaa...
    Tapi dalam banyak-banyak tu...ada satu yang saya jarang jumpa...
    Jarang jupa orang pakai mask kat lengan不不不不不

    ReplyDelete
  3. Uncle pun teringatkan Chombi.... :D

    ReplyDelete
  4. Lauk masak hitam tu nampak sangat menggoda la SK...

    ReplyDelete
  5. Alamak lauk kenduri la...bestnya...Sabtu ni anak buah SA kawen...bleh la makan kenduri ni...Iman kalau x buat hal amik gambar mmg x sah kan Schombi oiiiiii

    ReplyDelete
  6. haaa...baru bukak kan kak?sy follow jugak shanell harun kat ig,..dia owner dapur schombi ni..tapi kat shah alam pon sy x try lagi

    ReplyDelete
  7. hahaha...adoi.. kelakar tengok gambar gambar Iman layan je lensa bondanya... kalau anak saya... susah nak suruh bergambar. kalau nak bergambar pun, awal awal dah bgtau mamanya, jangan letak kat instagram mama eh

    ReplyDelete
  8. Puas hati makan di sini SK... saya pun jadi teringin pulak!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih