MAKAN DI RESTORAN ZAITUNA DENGAN KAWAN PEJABAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

DAH lama merancang nak makan Nasi Arab di Restoran Zaituna dengan Kak Imah dan Naza. Rasanya dari tahun lepas merancang, tapi tak kesampaian. Tahun 2022, baru rancangan berjaya, heheh. Itupun sebab salah seorang kawan sepejabat berpindah ke ibu pejabat. Kak Imah cadangkan buat majlis di Zaituna tapi kos tinggi kan, ada yang tak setuju. Untuk tak menghampakan hajat anak tekak Kak Imah, Sk bawalah Kak Imah. Ajak Naza dan Fida sekali gelek-gelek-gelek.


Kak Imah pesan Kunafa. Kunafa oh Kunafa, dahlah saiznya mengecil, harganya dinaikkan seriyal. Dah jadi 9 riyal. Terkejut Sk tengok potongan kunafa dalam dulang, comel nau nau. Ialah, harga keju di bakeri pun katanya mendadak kenaikannya. Siapa yang tahan meniaga jika untung semakin kecil. Mana nak bayar sewa kedai, mana nak bayar utiliti, mana nak bayar gaji lagi, hurmmm.


Sk pesan Mandhi Lamb. Nasinya macam dah tak sebanyak dulu dan kuantiti kambing tu pun macam dah dikurangkan. Dulu, kalau makan, lauknya habis seiring dengan nasi. Ni, nasi masih banyak, kambing dah habis. Harga pun Ya Habibi... dah naik RM2. Walaupun begitu, di Zaituna ni, mereka memang tak lokek beri sos harrah tu. Kalau dah habis, mintak aje lagi. Sos Harrah di sini ikut citarasa melayu, pedas-pedas gitu.


Setiap meja memang diletakkan pinggan kosong. Bagi mereka yang rasa nak makan separuh aje, bolehlah ceduk masuk pinggan dan selebihnya boleh tapau. Atau, jika anda hendak makan kongsi. Apo? Kongsi? Yang sepinggan tu pun Sk boleh makan sampai licin, hahaha. Kak Imah dan Naza pun makan habis, tapi taklah licin macam SK. Fidah jer yang tinggal sepertiga lagi nasinya. Mengah dah katanya nak habiskan.


Kalau ke sini, wajiblah kan minum Turkish Coffee yang dihidang secara tradisi begini. Kemahen banyak dia bagi gula, kita ni dah cukup manis, jadi letaklah gula sikit-sikit. Hurmm.. taklah terlentok lepas makan nasi arab jika disudahi secangkir kopi.

Apalagi.. geleklah.. geleklah.. geleklahhhhh!

Zaituna Restaurant

27, Jalan Glasiar,
Taman Tasek,
80200 Johor Bahru, Johor

Buka setiap hari 11.30 pagi hingga 11.00 malam

Jumaat 2.00 petang hingga 11.00 malam

No telefon 013 735 6645

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak makan kat sinilah masa pergi JB hari tu. Tapi tutup kalau tak silap. Penyudahnya makan dekat Star.

    ReplyDelete
  2. cantik suasana kedainya. Minggu lepas baru makan nasi arab juga tapi order online je. makan kat rumah sambil tengok tv. nasi arab kambing. sedapnya. masih teringat-ingat lagi ni. nanti nak repeat order lagi.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap makanan..semua pun muka manis2 sambil makan ye...

    ReplyDelete
  4. Makanan mengecil harga membesar dah jadi perkara biasa sekarang. Serba serbi harga barang naik. Peniaga mana nak rugi kan. huhu...
    Banyak portion nasi tu. Ini macam belum bergelek lagi dah bersandar dulu kekenyangan. hihi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!