Assalamualaikum..
LEWAT sikit makan tengahari hari ini. Beberapa hari ni laptop asyik buat hal jer. Bila dia 'hang' maka lambatlah siap kerja Work From Home kita. Bila kerja WFH lambat, akibatnya lambat jugaklah nak Work For Home 😍Macam biasa, semasa BDR ni Sk tak memasak cuma panaskan lauk-lauk semalam dan masak nasi. Kalau tak ada lauk semalam, Sk akan keluar beli makanan atau order online.
Satu-satunya lok lam yang ada dalam peti sejuk ialah Asam Pedas Ikan Bawal yang Sk masak petang semalam. Iman memuji-muji kesedapan asam pedas emaknya. Emaknya pun sama, masuk bakul angkat sendiri.
Selain kena ada ikan goreng, bila makan nasi lauk asam pedas, mesti jugak ada kicap. Tu, Pak Inche la.. Iman cuma makan kicap dengan telur mata atau jika masak telur mabuk. Selain tu Iman cuma makan sambal kicap. Begitu juga Sk. Dulu, ibu selalu marah kalau kami tuang kicap kalau makan nasi dengan gulai. Dia macammmm ni...
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garammmm
Haaaa.. berani nak letak kicap???
😜😜😜
Asam pedas kawankan dengan kicap pada nasi sangat padu.
ReplyDeleteHahahahahha siap ada lagu lauk ku cukup masin ye :D
ReplyDeletesaya pun kadang suka tuang kicap campur sambal :p
Memang kombinasi telur dadar sesuai dengan lauk asam pedas kan...terus rasa nak makan asam pedas...x sure bahan ada ke x dalam fridge...
ReplyDeleteKalau dah masin, jarang tambah kicap dah
ReplyDeleteIman asyik puji-puji asampedas ikan bawal emak dia, Firdaus pulak asyik puji-puji ikan bawal goreng mommy dia hihihiii!
ReplyDeletekalau kurang masin lagi bagus
ReplyDeleteOrang Kedah jarang makan kicap...Depa makan toyu....🤣🤣🤣
ReplyDelete