SPAGHETTI DENGAN UDANG MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


MENU tengahari ini atas permintaan anaknda Iman, Spaghetti Masak Lemak Cili Api. Sebenarnya Iman minta spaghetti ni malam tadi, tapi Pak Inche pulak nak makan spaghetti jugak tapi tentunya Spaghetti Bolognese. Jadi, Iman kata, takpa, dia punya masak lemak, bonda masak esok saja. Sk pilih udang sebagai hero masak lemak untuk dimakan bersama spaghetti. Sebelum ni Sk pernah masak Spaghetti bersama Daging Salai yang menjadi pujaan hati Iman 😝

Resepi Spaghetti bersama Udang Masak Lemak Cili Api
(untuk dua orang makan)

Bahan Masak Lemak Cili Api

6 ekor udang saiz sederhana dibersihkan
Segenggam cili api
Sedikit halia
Seketul kunyit hidup sebesar jari kelingking
Sebatang serai
1 asam keping
150 ml air
3 senduk santan pekat
Garam secukup rasa
Ajinomoto

Cara-cara :

1. Kisar halus cili api bersama halia dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk bersama serai dan sedikit air, panaskan hingga cili cukup masak.

2. Masukkan air dan asam keping, didihkan. 

3. Bila dah mendidih, masukkan udang dan santan, kacau sehingga ia mendidih lagi sekali.

4. Masukkan garam dan cap cap cap ajinomoto, kacau seketika, tutup api.

Sambil-sambil tu, bolehlah rebus spaghetti dua cekak, mengikut arahan pada label bungkusan. Sk kalau rebus spaghetti, suka guna kuali, puas gaul dan spaghetti pun tidak mudah patah. Ada jer periuk tinggi khas untuk rebus spaghetti tapi sayang sebab kena bubuh banyak air, membazir, huhu.


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah spageti versi melayu ni sedapnya :)

    ReplyDelete
  2. perghhh cili api nya x agak2 kat udang tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Wah! Menu fusion ni. Kreatifnya SK. Kak Amie pernah makan spaghetti itik lemak cili padi.

    ReplyDelete
  4. wow..x pernah makan hat yang ni la..mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  5. Mai sepinggan haha...
    Tak cuba lg ni spaghetti dgn masak lemak :)

    ReplyDelete
  6. Menarik.Pernah tengok Dato' Fazly Yaacob masak spaghetti daging salai ni.Kalau dah jadi pujaan hati Iman tu harus sedap tu.Macam nak kena try

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!