PENGAT PISANG LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

MULA-MULA masa Angah nak bagi pisang tanduk, Sk jual mahal. Penat ui asyik makan pisang aje. Yelah, bukan tak bersyukur tapi kalau kita jer jadik tong sampahnya, daripada nak seksi terus jadi seksa pulak 🤭

Lepas tu, ambik jugaklah dua biji sebab terbayang Pengat Pisang guna gula pasir. Hari tu dah buat guna gula merah. Ingin nak makan yang warna pengatnya putih suci 🥰



Masak pengatnya tengahari semalam sambil masak Creamy Spaghetti tu. Bila dah makan spaghetti, kenyang pulak nak makan pengat.
Lepas tu keluar sekejap pergi Taman U beli makanan kucing. Balik singgah pulak Taman Sri Pulai beli Ais Milo Kepal dengan Cucur Udang 🤭


Memang tak larat nak makan pengat 😂 Malam pulak makan nasi dengan asam pedas. Jadinya, pukul 10 malam baru ngap tanpa prejudis 😜

Resepi Pengat Pisang Tanduk Sk

Bahan-bahan :

2 biji pisang tanduk, hiris tebal
1/2 kotak santan pekat
Air secukupnya
2 sb sagu biji cuci dan toskan
2 helai daun pandan disimpul
1 senduk rata gula, letak sikit, rasa dulu kemanisannya
Secubit garam

Cara memasak :

1. Masukkan pisang dan daun pandan dalam periuk, masukkan air sehingga paras pinggang pisang.

2. Masukkan gula dan sagu, masak sehingga mendidih.

3. Masukkan santan pekat, kacau perlahan sehingga mendidih sekali lagi. Masukkan secubit garam, kacau sekejap, kemudian tutup api.

Senang giler nak memasaknya

🧑‍🍳🧑‍🍳🧑‍🍳




Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA ni kan SK x tau la pesen apa ntah..bab pengat2 ni susah betul nak masuk tekak...

    ReplyDelete
  2. Eh ada pengat pisang pulak di sini! Hari ini Firdaus minta pengat pisang, Pelik betulo budak kecil pandai makan pengat hahahaha tapi akhirnya dibuatkan pengat labu manis sebab tak ada pisang. Dia tetap makan juga!

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pisang tanduk..
    Masih ada kimia antara kita.Pagi tadi sempat berlarian ke pasar dapat beli pisang raja & pisang emas.Pisang jugak kan...kimia la tu..hihihi

    ReplyDelete
  4. Sedapppnyaaaaa! Sampai sekarang tak dapat dapat lagi pengat pisang ni :')

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!