MASAK BANYAK TAK HABIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...

SETELAH beberapa hari cuaca panas terlampau, akhirnya pagi tadi hujan turunnnn. Namun, ku sangka hujan hingga petang, rupanya panas di tengahari 😅



Cadangnya hendak menjala pagi ini tapi Pak Inche kata, nak makan English Breakfast. Menurut perintah sajalah kita, nak menjala pun penat juga, kan. Cincai aje EB pagi ni, sosej, baked bean dan scrambled egg, salad semua tak ada stok. Lepas sarapan, PI ajak keluar beli barang dapur tapi Sk malas nak keluar dengan kes yang meningkat naik ni. Baru-baru ni dapat mesej, Johor Bahru disenaraikan antara lokasi berbahaya covid di Asia, ishhh.. siapalah yang keluarkan fakta tu, kan. Walaupun tak tahu lagi fakta atau auta, kita berhati-hati tambahan lagi belum ada cip anti covid masuk dalam tubuh ni, jadi, seram tetap seram 😂


Sambal Ayam dan Ayam Goreng untuk lauk tengahari. Tulah dia, tak kari, sambal 😍Ayam tu, cuma ada empat ketul, bahagian peha dan kepak, setiap satu Sk potong dua, dapatlah 8 ketul, separuh goreng, separuh masak sambal. Pes asam jawa habis, Sk gantikan dengan cuka. Eh, laku keras pulak. Iman tanya, bonda memang tak masak banyak ke? Ah, kesian, bercatu pulak makan tengahari ni ya. 

Kalau masak banyak, tak habis pulak

😅







Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selalunya camtulah kan, bila masak byk tak habis. Bila sikit tak cukup pulak :D

    ReplyDelete
  2. Samalah SK. Masak banyak tak habis, tapi masak sikit cukup pula.

    ReplyDelete
  3. Betul SK, Muar sekarang popular kes kematian tertinggi kilang elektronik di TG Agas, Kilang ST, setakat ni dah 17 orang meninggal, adik lelaki SA kerja kat situ..semua info dia htr..kilang nak teruskan production tapi sekarang dah diarahkan tutup sepenuhnya

    ReplyDelete
  4. masak banyak x abis, betul jgk tu... sokita masak ngam2 aje la ye

    ReplyDelete
  5. Saya pagi makan roti canai, tengah hari pun makan roti canai. Tu la, beli sarapan, anak-anak ni kurang makan.. jadi tengah hari taknak pembaziran, panaskan semula roti canai .hehe

    ReplyDelete
  6. Goreng nasi untuk sarapan
    kadang2 sampai makan malam pun masih nasi goreng tu juga

    ReplyDelete
  7. Yang sikit tu sedap & berkat..Tengok mak-mak kita dulu masak sikit cukup ja kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!