Assalamualaikum...
KARI lagi? Kata Iman bila Pak Inche hantar mesej dalam grup whatsapp minta masakkan kari ayam dan ayam goreng untuk makan malam semalam. Tak apolah Iman, hari tu pun awak dah dapat makan Asam Pedas Ayam, jadi ni kita bagi chance kat babah pulak makan lauk kegemaran.
Sk rendam ayam lebih kurang pukul 2.30, pukul 3.30 lebih, semua kerja BDR siap, ingatkan bolehlah mulakan kerja memasak sambil tunggu kerja-kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa. Teringat pulak Iman kata nak makan burger hitam mekdi, esok (hari ini), dia periksa, karang kempunan pulak anak aku 🤭. Jadi, kayuh sekejap la ke Mcd Bukit Indah. Tak sampai 20 minit pun, dah sampai semula ke rumah. Sejak taman perumahan belakang dibuka dan boleh tembus ke Gelang Patah serta keluar ke lebuhraya /Plaza Tol Perling, memang dekat sangat kalau nak ke Bukit Indah ni. Tak sampai 10 minit pun, nak nak masa pkp ni, kereta tak banyak, tak stress asyik kena berhenti di traffic light kalau ikut jalan Pontian.
Sampai rumah, makan petang sambil tengok-tengok laporan kehadiran kelas dalam talian. Gedebak-gedebuk dah jam 5. Hajat nak masak awal tak jadi, rehat-rehat dulu, pukul 6 baru nak kopek bawang 🤭 Tengah menumis bawang, rempah kari pun belum masuk, gas habisssssss!
Sambunglah memasak guna periuk noxxa 🧑🍳
pssst kak, pasni try masak guna TM6 plak kak hehehe :p
ReplyDeleteBelum pernah try bako belacan dalam air fryer. Hahahaaa... tak dapat bayangkan aromanya tembus keluar dari air fryer.
ReplyDeleteTodiaaaaa...kari kalau ada cabai tumbuk..memang A la...
ReplyDeletesedapnya sambal belacan
ReplyDeleteHidup serbuk kari cap O haha...
ReplyDeleteBetoi la, makan kari gu dengan sambal belacan memang ngam!
Kari dan Sambal belacan merupakan pasangan yang sangat serasi. Tiada salah satu maka pincanglah. Hihi
ReplyDeletePsst...piyuk Noxxa kita x pakai lagi tau...elok lagi dalam kotak..hahahahha
ReplyDelete