KALAU DAH BUKAN REZEKI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

NASI Tomato, itu jawapan Pak Inche bila Sk bertanyakan menu untuk makan malam, malam tadi. Eh, patutlah masa pergi NSK hari tu, Pak Inche beli tomato puri dan tomato sup, rupanya dia ada plan nak makan Nasi Tomato. Dia tak tahu ke yang hari ni (semalam) Sk masuk pejabat, geram pulak kita. Orang perempuan ni kalau tengah penat mental dan fizikal memang mudah naik angin, kan.. hihi. Lepas tu, Sk tanya, pencuk macam mana, sebab nak kena beli nanas dan timun pulak. Lepas tu, SK cakap, lain hari la masak nasi tomato. Pak Inche kata, macam tu masak Sambal Ayam dan Ayam Goyeng je. Hurmm.. lagi-lagi Sambal Ayam.



Dalam penat-penat semalam (apa ntah yang penat sangat), siap jugak masak Sambal Ayam dan Ayam Goreng untuk Pak Inche. Sk masak ngam-ngam aje. Ayam pun cuma masak bahagian sayap dan paha. Ayam goreng pula Sk goreng leher, pedal, hati dan jantung sahaja.


Tengah memasak, Pak Inche pun sampai. Dia menghulurkan plastik merah, ada sebungkus sawi pakchoi dan sebungkus cili padi. Ganti cili padi yang 'hilang' kelmarin ðŸ˜‚. Selain cili padi tak ada, santan kotak yang Sk suruh belikan pun tak nampak bayang. Jadi, semalam balik kerja singgah kedai beli santan. Tak sampai hati semalam tu, nak tanya Pak Inche mana santannya, takut tertinggal juga. Jadi, bila dah dibelikan cili padi tu, Sk tanyalah, santan dia beli tak?

Pak Inche terus tunjuk santan yang Sk beli sambil berkata, "ini".. eh, jap.. nampak wajahnya seperti berfikir sejenak. Eh, semalam tak beli santan, sebab tak ada yang kotak kecik, semua besar, sambil gayakan tangan. Pelik pulak, takkan cili padi tu dalam satu plastik gitu-gitu aje kan.


Lepas siap semua, kami pun mengadap makan malam. Untuk Iman, Sk panaskan Ikan Bakar Tip Top. Nampak tak, banyak betul lauk-pauk yang tak habis dalam peti sejuk tu. Tengah makan, Pak Inche pun toleh ke arah kabinet dapur. Lepas tu dia cakap, nanas dia beli tu, ada tak kat situ?

Nanas???
Babah ada beli nanas ke?

Hurmmm.. patutlah dia suruh masak nasi tomato. Dan, Pak Inche pun pelik, kenapa Sk tanya pasal pencuk. Rupanya, Pak Inche dah siap-siap beli timun dan nanas untuk dibuat pencuk. Jadi, Sk syak, cili padi, nanas dan timun tu, cashier masukkan dalam plastik yang terakhir, lepas tu cashier enter total harga belian, Pak Inche pun bayar dan lupa nak ambil plastik tu masuk troli. 

Kalau dah bukan rezeki, kan. Kita halalkan sajalah pada siapa yang mengambil dan memakannya. Sk lebih rela ia dimakan dari dibuang begitu saja. Mudah-mudahan kerugian ini akan digantikan dengan rezeki yang lebih baik oleh Allah swt.






Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alahai...sesekali akan berlaku dalam kehidupan kita kan....sabar jer la..pernah jadi gak...dah bayar..dah amik balance duit tapi x ambil plastik...

    ReplyDelete
  2. Er.. sabar jelah ek.. Saya pun kalau dah trolinya tertinggal, saya halalkan aje..sendiri lupo.. tapi kalau orang curi troli sy punya, so saya akan haramkan.. haha..

    ReplyDelete
  3. dah benda nak jadi kan
    apa2pun ayam masak merah tu nampak sedap betul

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya kalau tertinggal brg....terus hilang mood nk prg semula

    ReplyDelete
  5. alahai kesian kak.. hari ni buat tak nasi tomatonya tu?

    ReplyDelete
  6. Nanti ada masa, bolhe buat nasi tomato & the gang untuk Pak Inche. Kesian dengar cerita, dengan penatnya, dengan nanas timun tak sampai rumah!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Halalkan saja. Kita pun taknak ada dakwa dakwi di masyhar nanti kan...

    ReplyDelete
  8. Sy pn kalau msk ofis skrg penat yakmat.. padahal half day je pun.. pelik kan?

    ReplyDelete
  9. Betul Sk, halalkan je mana tahu boleh membantu Sk esok esok di akhirat sana.

    ReplyDelete
  10. Kita tunggu nasi tomato lepas ni...hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!