MEE SANGGUL GORENG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MEE SANGGUL GORENG

Assalamualaikum...

ENTAH lapar atau bosan, lepas tamat BDR tadi, terasa ingin nak makan Mee Maggi cepat dimasak sedap dimakan Tumis. Teringat ada fish cake sebatang dan sedikit isi kerang dalam peti sejuk, boleh campak dalam maggi. Tapi, bila sampai ke dapur lain pulak yang terjadi. 

Ada Mee Sanggul yang berbaki sebungkus dalam kabinet. Dah setahun mee tu duduk dalam kabinet. Hurmmm.. sebenarnya, nak lupuskan semua barang di dapur ke perut. Dapur pun lapang, perut pun kenyang 😜


Mee sanggul dicelur dengan air panas. Tenggek kuali, buka api, tuang minyak, cincang bawang putih dan hiris bawang merah, campak dalam kuali. Kemudian masukkan cili kisar, kacau sampai pecah minyak. 

Sambil tu hiris fish cake, campak dalam kuali sama dengan kerang. Pecahkan telur, masukkan sos tiram, kicap cair dan sos ikan, kacau.. angkat terus mee sanggul guna garfu masuk dalam kuali saing dengan kubis. Kacau kacau kacau.. siap!! Rasa macam bini kedai mamak pulak 😅 Masukkan daun bawang sikit.. hurmmm.. Harum aroma daun bawang digoreng bersama mee. Mee, Sk bahagia tiga.. satu untuk Pak Inche untuk dimakan malam nanti, satu untuk Iman dan satu untuk tukang masak. 

P/S Tukang masak punya letak lebih
😂😂😂


10 comments:

  1. Mee sanggul! Tak pernah jumpa di LD. Ni mee kenangan masa lalu.... teringat kalau Bonda masak, kami keliling duduk ramai-ramai tunggu catuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di JB pun tak ada, ni kita beli dgn kawan yg balik kampung di Baling, tahun lepas, hihi

      Delete
  2. Mi sanggul bkn yg keras2 tu ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, yang keras tu, bergulung macam sanggul, celur air panas bagi lembut

      Delete
  3. Dapur lapang, perut kenyang tu peribahasa yang baru ke? Hihi

    ReplyDelete
  4. Mee sanggoi....sedap oooo...
    Dulu-dulu masa kanak-kanak pernah makan bubur mee sanggoi...ada yang panggil serawa mee sanggoi..heeee...acer tanya PI pernah dengar dak?

    ReplyDelete
  5. Mee sanggul biasanya mak SA buat campurkan dalam pengat pisang...SA x makan..hehehe

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih