KACANG EDAMAME

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


BELI Kacang Edamame ni dari bulan satu sebenarnya di Jaya Grocer. Beli dua bungkus, sebungkus Sk dah makan masa bulan puasa, konon-konon moreh la gitu. Ambil gambar tapi tak post sebab gambar buruk, gelap, hahaha. Lepas tu fikir, tak apalah, ada lagi sebungkus ni bolehlah ambil gambar sebagai bukti, kikiki. Ni pun sebab nampak Emak Cella post pasal kacang ni, tu yang masa masak nasi, tenggekkan pengukus yang ada kacang edamame ni sambil masak nasi. Sk tabur garam sikit-sikit, takut pulak nanti nasi masin, hihi.


Dalam rumah ni, cuma Sk jer yang suka. Iman tak nak, Pak Inche pun tak nak kot, hihi. Tak tahu la pandai ke tidak Pak Inche makan sebab dua kali Sk makan, dia tak ada di rumah. Tapi, dia tak de pulak heran atau tanya pasal kacang ni, maknanya dia tak minat la kan. Sebungkus kacang ni 500 gm dan Sk boleh hadap seorang. Tapi, tak la sekali duduk. Kacang berkulit macam ni, syoknya makan sambil kopek kulit. Macam kuaci atau kacang cap tangan tu, kan. Makan sambil kopek, baru syok. Kalau dah siap kopek, dah tak syiokkkk maaaa..

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Yezzzz...geng jemaah sudah mari..Kacang edamame pula berjemaah...Ada chemistry la kot kita kan...hihihi

    ReplyDelete
  2. SA suka..kalau dapat ni makan memang x berhenti..suka kukus...

    ReplyDelete
  3. Sedaplah kalau makan yang masih berkulit. Kita makan pun sorang-sorang, memang syok. Syukurlah orang-orang dalam rumah tak suka edamame.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!