SARAPAN ROTI CELUP TELUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

HARI ini merupakan hari terakhir Iman periksa. Pagi ni, peperiksaan amali yang memerlukan Iman mencipta video. Jadi, dia pesan dengan Sk supaya duduk diam-diam 😂 supaya tiada suara sumbang masuk dalam video dia 😜. Kalau tak dipesan, nanti dengar bunyi kuali la, cedok pasir kucing la, kemas pinggan mangkuk la. Tu belum lagi kalau dia terkejut kucing terjun dari atas kabinet. Silap haribulan dengar suara tengah bercakap dengan jin kucing 🙀🙀🙀


Sesambil Berehat Dari Rumah Bekerja Dari Rumah, Sk sediakan sarapan Roti Telur untuk diri sendiri. Perut ni kalau lapar memang tak boleh bawa berbincang. Jadi, pelan-pelan kita ambil kuali, pelan-pelan kita pecahkan telur dalam mangkuk, letak garam sikit, ambil cili kisar sikit, pukul pelan-pelan, jangan sampai berlaga sudu dengan mangkuk, nanti berbunyi, keting keting keting, dalam video Iman 😆. Biliknya tu betul-betul sebelah dapur pulak, cemana nak elak??

Roti dah expired tiga hari lepas, tapi nampak masih elok. Kita potong empat, celup dalam telur, masuk dalam kuali yang ada minyak panas. Berdesirrrrr bunyi minyak panas kena telur. Yang ni kalau masuk bunyinya dalam video Iman, memang tatawlah nak kata apa 😜. Ada enam keping roti potong empat maknanya 24 kali bunyi zsss.. zssss.. hahahahaha. 

Nikmatnya makan sambil hirup nescafe panas

😍😍😍😍😍



Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betulllll....
    Ada anak online class macam ada baby baru lahir.Nak buat apa sloww macam Tom & Jerry...tetiba teringat cartoon evergreen tu.🐭🐱.🤣

    ReplyDelete
  2. Huuu sedapnya..ada roti tu boleh buat ni..cuma kawankan dengan air milo panas..kikiki..

    ReplyDelete
  3. Abang Farid pun selalu pesan: Mommy jangan bising. Baba jangan bising. Saya sedang online. Nanti masuk bunyi hihihiiiii.... Wah! Roti celup telur ye. Itulah sarapan Firdaus semenjak 2-3 hari ini.

    ReplyDelete
  4. Dugaan online learning macam tulah hahaha nak nak time record video. Memang jenuh nak record, macam macam bunyikkkk ada. Kalau yang duduk kampung lagilah. Bunyi ayam la, cengkerik lah, macam macam >.<

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!