NASI LEMAK KEGEMARAN PAK INCHE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


TAK jemu ke, makan Nasi Lemak? Tanya Sk, bila Pak Inche kata, masak nasi lemak. Punyalah sakan beli lauk, sotong, daging, ayam bersusun dalam freezer tapi nasi lemak sambal kosong dengan telur lenggang jugak yang dia hendak, hurmmm.


 Lepas BDR semalam, teruslah Sk masuk dapur. Sebabnya stok cili giling dah habis. Nak gunting lada buang biji pun malas. Ramai yang kongsi guna 'chopper' untuk buang biji cili tapi nanti dua kali kerja.. jadi, Sk terus tenggekkan periuk berisi air atas dapur. Sementara tunggu air mendidih, Sk cuci lada kering, dan terus rebus. Kemudian kopek bawang, lada yang dah direbus tu, toskan, cuci lagi, kemudian terus kisar bersama bawang, penuh satu jug 😍
Senang lain kali nak masak sambal ke, asam pedas ke, nasi goreng ke, mee goreng ke.. haaa...gituh. Tapi sejak pkp ni, larung sungguh la guna cili giling, tak sampai dua minggu dah wassalam 😆

Tengok kat page MATJHN, ramai yang kongsi petua masakan sedap, masukkan daun pandan dalam masakan, jadi, Sk praktikkan masa masak sambal ni, hurmmm.. memang sedap dan harum jer sambal. Sk juga lebihkan minyak sedikit, orang kata, minyak tu yang buat sambal sedap, huhu. Yang penting, sambal mesti kena ada rasa manis. Tapi jangan terlalu manis, takut menangis, hihi.


Guna beras bashidup (kata Ummi Cella) cap Manggis.  Beras agak hancur, masa cuci tu pun boleh rasa rapuhnya beras jadi kena cuci manja-manja. Mungkin kalau orang nak masak bubur, sesuai la guna beras ni tapi bila dijadikan nasi berperisa macam nasi lemak atau nasi tomato okey saja cuma sukatan air tu Sk ikut pada sukatan beras. Kalau guna basmathi, kena lebihkan satu sukatan air.

Nak cerita jugak, mangkuk yang Sk guna untuk isi nasi ni, baru sampai semalam 😜. Ini Sk order dari personal shopper yang berada di UK secara pre order dengan kurang 50% deposit. Bila barang dah sampai Malaysia, baru kita bayar penuh. Tu yang saja buat isi nasi tambah tu padahal selalunya ambil terus jer dari dalam periuk, kahhhhh.

Nama mangkuk ni, BG Harmony Pasta Bowl 9" warna Forest Green. Yang ni susah nak dapat dari Kedai Portmeirion di Malaysia ni sebab kurang permintaan. Paling susah nak dapat warna ni, kalau perasan, Sk selalu guna mangkuk hidang sama jenis macam ni tapi warna coklat atau amber. Yang tu Sk beli dari seller di Malaysia, ready stock tu pun last stock yang ada.

Eh, tercerita pasal pinggan mangkuk pulak
🤭🤭🤭


Telur yang dilenggang oleh Iman. Okay, lepas ni kalau masak nasi lemak dah boleh lepas tangan bab telur lenggang ni, hahaha. Pak Inche dah siap pecahkan telur, bubuh garam dan pukul telur ni kemudian dia suruh Iman lenggangkan dan siap potong semualah kecil-kecil bentuk segiempat.


Cukup syarat nasi lemak dengan ikan bilis, timun dan kacang goreng. Tips untuk goreng kacang yang ibu Sk ajar, goreng bersama bawang putih yang dihiris, bila bawang garing, maknanya kacang dah masak sempurna. Besar-besar kacang tanah ni, puas makan, hihi.


Dah tengah nak makan, Pak Inche tanya, tak ada telur rebus ke? Haaa.. ni mesti dah sedap hari tu Sk masak nasi lemak ada telur rebus. Sebenarnya memang nak kukus telur sekali dengan masak nasi tu tapi terlupa. Nak rebus lain rasa macam buang karen membazir air dengan gas aje pulak.

Sedap sangat pulak nasi lemak Sk semalam. Berangannya nak bungkus dengan daun pisang tapi malas nak cari di kedai. Kalau jumpa pun entah dah kering daunnya. Hurmmm...perlu tak tanam pokok pisang kat tepi rumah ni???

😂😂😂








Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Silalah tanam sepohon pokok pisang.

    ReplyDelete
  2. Telur lenggang tu mengimbau nostalgia di kampung laman! Orang kampung kami kalau buat nasi lemak, mesti ada telur lenggang potong 4 segi. Rindunya!

    ReplyDelete
  3. Ha sama la pg td pun sahur nasi lemak juga hehe...

    Ptg ni x sure lg nak berbuka apa

    ReplyDelete
  4. Telur lenggang...beras bashidup...hahaha
    Baru nak tegur,cukup syarat semua nasi lemak hari ni..
    timun dah ambil semula tempat petai.hihihi

    ReplyDelete
  5. Punyalah byk kali baca nak fahamkan beras bashidup tu adoi haha...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam
    Sedapnye nasi lemak

    ReplyDelete
  7. Menyelerakan.. ok, nak cari nasi lemak lepas ni.

    ReplyDelete
  8. Sama la kat rumah ni..Pak Zain suka sangat buat nasi lemak...nasi lemak dia sedap...hahahaha....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!