UDANG KIPAS TELUR MASIN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

UDANG KIPAS TELUR MASIN

Assalamualaikum...


LAUK makan tengahari hujung minggu lepas, Salted Egg Slipper Lobsters atau Udang Kipas Telur Masin. Dah lama tak makan udang kipas sebab  asyik jumpa yang comel-comel. Ni, Pak Inche beli di sebuah kedai pembekal makanan laut yang baru dibuka di taman depan. Keluarnya nak cari sarapan, tengok-tengok bawa balik udang juga. Terus Iman minta masakkan butter tapi Sk up, masukkan telur masin bestari. Udang kipas ni Sk kukus dahulu, kalau nak goreng pun boleh, ikut pada citarasa masing-masing.

Udang Kipas Telur Masin

5 ekor udang kipas (dikukus hingga masak)
Sedikit minyak untuk menumis
100 gm butter
3 ulas bawang putih dicincang
Sedikit halia dicincang
5 biji cili padi dicincang
1 tangkai daun kari
1 tin susu cair
2 sudu susu pekat
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 kiub ikan bilis
1/2 st serbuk kunyit
2 sudu campuran telur masin bestari

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan halia hingga harum.

2. Masukkan cili padi, kacau lagi. 

3. Masukkan daun kari, kacau, kemudian masukkan butter. Kacau hingga wangi.

4. Masukkan susu cair dan susu pekat, kacau rata.

5. Masukkan serbuk kunyit, kiub ikan bilis dan serbuk telur masin.

6. Kacau hingga mendidih dan pekat, tutup api dan boleh curahkan atas lobster yang telah dikukus. Tabur daun ketumbar jika suka.


Sayur wajib bila masak seafood, tentunya Baby Kailan Goreng Sos Tiram

🥰




6 comments:

  1. waalaikumussalam. oh baru tahu ada nama udang kipas. haha. sebelum ni tak pernah tahu pun T_T

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak udang tu...x pernah beli..nanti kalau nampak lagi nak cuba laa

    ReplyDelete
  3. Owh namanya udang kipas..
    Baru tahu tapi tak pernah beli & makan lagi ni...
    Menariks

    ReplyDelete
  4. Tak pernah saya makan lobster lagi.

    ReplyDelete
  5. Pernah dulu sekali bei udang kipas. Bila dimasak, habis isinya kosong hehehee... tak pandai masak kot saya. Bila biras masak, elok jew boleh ratah isinya.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih