SOTO AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...


TEPEK gambar aje, aci tak? Tak daya dah nak menaip, hahaha. Malam ni masak Soto Ayam. Macam biasalah, kalau masak soto, Sk guna jer rempah soto segera Mak Pon. Tak payah nak kopek bawang, kupas halia, lengkuas semua tu. Cuma rebus ayam dan masukkan aje rempahnya. 

Yang buat penat, ingatkan nak beli bergedil frozen sekali tak ada stok la pulak. Nak makan punya pasal, gigillah buat bergedil sendiri. Nasib Si Iman tolong siangkan taugeh. Dah dia yang suka taugeh dan bergedil 😆


Ceritanya.. rasa bersalah sebab tak masakkan lagi Nasi Tomato untuk Pak Inche. Jadi, hari tu, Sk pergi Aeon belilah nanas dan timun, ingat hari ni nak masak nasi tomato. Mula Pak Inche kata okay, tapi dia fikir balik agaknya, lebih baik masak nasi tomato hari sabtu jer. Yang mulut ni pulak gatai pi cadangkan masak soto.. mendapat laaa 
😂😂😂


Iman kata, macam raya la bonda. Sk dan Iman makan dengan ketupat segera, siap suhun goreng, taugeh, bergedil dan kacang goreng. Pak Inche memang makan bihun aje, tak pandai makan nasi impit atau ketupat nasi. 

Best-nya masak soto sendiri ni, puaslah ratah tulang-tulang ayam dalam sup tu. Sk masak enam ketul ayam jer, seketul buat rencah bergedil, lima ketul jer yang dicarikkan isinya oleh Iman. Penuh dapat satu tipuware besar. Pak Inche jer makan separuh isi ayam..  dia kata, sedap soto ayam dari soto daging.

Alaaaa.. terus terang ajelah Mak Inche masak sedap...

Kannnn...

😜😜😜






Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahaha...sesekali kena jujur kan..kalau dah sedap kena kata sedap la kan..hahaha

    ReplyDelete
  2. Nostalgia betul kalau nampak soto ada kacang tanah. Rasa nak terbang balik kampung sekarang juga, nak singgah Warung Soto Ori Kanang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!