Assalamualaikum...
TELUR Pecah Masak Lemak atau Telur Masak Lemak, antara lauk yang menjadi kegemaran Sk, masa kecik-kecik dulu. Alaaa.. lauk apa la yang tak jadi pujaan kan.. semua air tangan ibu tak pernah tak sedap. Eh, tapi ada jugak lauk atau makanan yang ibu masak tak masuk dengan anak tekak ni, tapi terpaksalah makan, hihi.
Iman, diasuh oleh ibu sejak baby sehingga usia 5 tahun. Masuk 6 tahun, Sk mula hantar dia ke taska yang sama dengan tadika, tambahan pulak masa tu ibu dah berpindah mengikut Angah ke Senai. Jadi, selalu jugaklah ibu masakkan lauk ni untuk cucu-cucu yang dijaganya iaitu Iman dan Izzat (masa tu). Dan ia juga antara lauk yang selalu menjadi permintaan Iman.
Telur Pecah Masak Lemak
Bahan-bahan :
4 biji telur
Segenggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 sb bawang kisar
1 sb cili kisar
Sedikit hirisan halia
1/2 sk serbuk kunyit
3 cawan air
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Masukkan cili kisar, bawang kisar dan halia dalam periuk, buka api dan biarkan sehingga cili masak.
2. Tambah air sikit, masukkan ikan bilis, didihkan seketika hingga bilis lembut, kemudian masukkan air. Masak hingga mendidih.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan dalam kuah yang mendidih satu persatu sehingga habis. Biar sehingga kuning telur tiga suku masak atau hampir keras. Boleh curah kuah yang mendidih tu guna senduk perlahan-lahan atas telur.
4. Kemudian, barulah dimasukkan santan. Kacau perlahan sehingga mendidih lagi sekali. Masukkan garam dan ajinomoto jika suka. Kemudian boleh tutup api.
Sk suka kuah banjir dan makan guna sudu. Dah macam makan nasi dengan sup gayanya.
🤣🤣🤣
Febret saya ni kak...
ReplyDeleteLama juga x makan lauk yg ini..
Perghhh sekali dia makan banjir daaa :D
Hihihi.. banjir baru puasss
DeleteSaya suka telur itik masak lemak. Tapi tak boleh makan banyak sebab saya cepat muak. Sedap memang sedap.
ReplyDeleteRupa kuah tu sama macam kawan saya dulu selalu masak macam ni dia tambah kacang dal rebus.Dia panggil "Parpu Teloq"
ReplyDeletepaling tak reti nak buat telur tu maintain gitu.Selalu kalau Syu masak mesti hancur lebur.Hu3😁
ReplyDeleteZaman kanak-kanak dulu kalau dapat lauk begini dah rasa macam makanan syurga. Dapat kuahnya pun nak cukup nikmat!
ReplyDeleteFavorite saya jugakkk ni! Lama gila dah tak makannnnn
ReplyDeleteDah lama tak makan masak lemak telur . Ehh esok boleh laa cuba menu ni . CCL selalu letak hirisan daun kunyit sikit bagi naik aroma
ReplyDeleteWow.. saya panggil ni sup lemakk.. Hehe..
ReplyDeleteTak perlu khawatir lagi hanya disni BolavitaSlot
ReplyDeletertp slot gacor hari ini Dan dapatkan bonus deposit tambahan setiap harinya.
Gacornya tiada tanding.
Whatsapp : Whatsapp Bolavita < +6281297392623 >
Link Alternatif BolavitaSlot : BolavitaSlot