BELI DURIAN COD

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...

NAK beli durian tak? Tanya Pak Inche. Ada orang jual durian dalam facebook. Durian kampung sekilo RM10, COD atau cash on delivery. Maknanya, kita tak perlu buat bayaran secara online dan tak perlu juga keluar rumah. Penjual akan hantar terus ke depan pintu rumah dan kita bayar tunai. Hehehe.. saja tulis ni sebab ramai yang tak faham maksud COD. Ada yang jual barang atau makanan guna cara COD tapi paksa kita buat bayaran sebelum hantar barang, tapi kata COD.. hurmmm.


Sambung cerita pasal durian, Sk cakap dengan Pak Inche, beritahu penjual tu, kita nak beli RM100. Jangan kira kilo atau biji, bagitahu bajet kita RM100 jer. Penjual kata, boleh. Dia beritahu caj penghantaran RM3. Okay, Sk cakap macam tu nak durian RM97 jer, hahahaha. Tak adalahhh.. takkanlahhh Sk macam tu. Jadi, kami setuju.. sebelum tengahari tadi durian sampai, yey!


Lapan biji 10 kg atau RM100. Ada dua biji yang besar, yang lain saiz kepala budak sekolah. Puas hati la tengok dari segi saiz. Meh kita kopek pulak tengok isinya.


Elok la isinya. Sk baru kopek tiga biji, semua okay, ada la pangsa yang agak susah nak buka, ada juga yang sedikit rosak tapi bagi Sk tak mengecewakan.


Udang Masak Lomak Cili Api + Durian + Sambal Belacan... Dia punya pergiiiii... Mak mertua lalu pun tak sedo 🤭🤭🤭






Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ada yang jual barang atau makanan guna cara COD tapi paksa kita buat bayaran sebelum hantar barang, tapi kata COD - Omaiiiiiii true sangat. Nama pun cash on delivery haha tapi still ada yang tak faham maksud cod tu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya durian. Elok ye isi dia kuning centu. Durian kampung jugak yang mcm paling kena dengan tekak sebenarnya. Dappp! Tak sabar nak tunggu pokok belakang rumah buah jatuh

    ReplyDelete
  3. hahahahha high five kak .... COD pun x tau kan, baik x yah jadi penjual hahaha..
    Umaaakkk aii byk gila doyan nyaaa!!! Alamaakk ni yg gian nak cari doyan lagi ni iskkk

    ReplyDelete
  4. Durian pun ada COD. Bagus betul. 👍

    ReplyDelete
  5. Wah! Odang masak lomak cili padi! Sama nampak lauk kita, cuma udang kita dari sungai.

    ReplyDelete
  6. Saya ada.juga rakan yang jual durian.. saya ada.minta dia hantar ke rumah terus

    ReplyDelete
  7. Murah la tu...kat sini dah banyaka jual longgok2 dah SK..dah ada sebesen nak buat tempoyak tu...hehehhe

    ReplyDelete
  8. Murahnyaaaaa... Kemain campo lauk ngn doyan sekali......

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!