Assalamualaikum...
DAH tiga kali Sk dan Iman tapau Nasi Kerabu dari gerai yang dibuka di depan Kedai Runcit Haji ASK ni dalam tempoh tak beberapa hari.
Ni gambar yang diambil semalam. Masa mula-mula beli nasi ni agak terkejut jugak melihat kebiruannya. Tapi, bila disuap ke mulut, ternyata sedap. Daging bakarnya lebih sedap dan lembut dari Warung Kak Yah, Kampung Pasir.
Yang ni pulak, Sk beli guna runner. Punyalah sedap sangat nasi kerabunya tu. Tapi ,gerai ni dibuka agak lewat juga, pukul 4.30 petang baru buka. Runner hantar pukul 5.30, itupun selepas diingatkan nasi yang dipesan tak sampai-sampai.
Ni gambar masa mula-mula kenal dengan nasi kerabu ni. Gerai ni pun baru saja dibuka di Taman Mutiara Pulai ni, rasanya belum sampai dua bulan lagi. Cuma satu yang mengecewakan, set nasi kerabunya tak ada solok lada dan telur masin.
Secara peribadi, Sk lebih sukakan Nasi Kerabu Kak Yah tapi yang ni, daging bakarnya sedap lagi dari Kak Yah.. begitulah kehidupan kita juga, tiada yang benar-benar sempurna.
🥰
Sedapnya
ReplyDeleteBiru betul nasinya...macam gown pengantin la warnanya...
ReplyDeleteTiber rindunya nak makan kenduri kahwin.....dah setahun tak makan kwnduri kahwin...
Terang sungguhhhh warna nasi kerabunyaaa, tapi yang penting sedapppp kan Sk hehehe
ReplyDeleteSaya pernah rasa sekali nasi kerabu. Sedap juga.
ReplyDeletefuh sedapnya tengok gambar'
ReplyDeletelama betul tak makan nasi kerabu sejak PKP nih
Perghh pekat gila warna biru dia hehee..
ReplyDeleteDari hari tu teringin nak makan nasi kerabu...sampai sekarang x dapat2 lagi...
ReplyDeleteSedapnya nasi kerabu! Teringat zaman belajar dulu selalu beli nasi kerabu di pasar malam Seksyen 17 Petaling Jaya.
ReplyDelete