Assalamualaikum...
KEJADIAN petang tadi, nampaknya Mambang Rajin belum hilang. Penat membelek telefon, Sk ke dapur. Nampak durian dua biji dalam guni kertas dan sebiji dalam plastik. Kisahnya, durian yang beli semalam, selepas Sk buka lagi empat biji, ada sebiji yang tidak elok. Penjual berjanji, jika ada pangsa yang rosak, dia akan ganti. Durian yang ke 8 (yang dalam plastik), Sk tak buka sebab nampak macam tak elok bahagian bawahnya, maknanya ada dua biji yang tak elok. Jadi, nak pulangkan satu. Tapi semasa penjual hantar durian ganti, dia tak ambil balik durian tu. Jadi, kami ada tiga biji lagi durian yang belum buka.
Sk buka sebiji durian yang diganti tu, cantik molek betul, terus kopek masuk semua ulas durian dalam periuk, bubuh air, satu senduk gula melaka peroi, secubit garam, kacau hingga mendidih. Kemudian masukkan santan, kacau-kacau lagi hingga mendidih, siap seperiuk kecil serawa durian. Iman datang dapur, tanya.. bonda buat serawa durian ke? Haaa.. bau ke? Tanya, Sk. Iman angguk-angguk. Sk tutup periuk dan pergi semula ke depan. Nanti serawa dah sejuk, boleh makan dengan roti 🥰
Datang balik ke dapur, teringin pulak nak buat roti jala yang warna-warni tu. Makan dengan serawa sedap juga. Terus capai jug blender, ambil gelas masukkan santan baki buat serawa tadi, tambahkan air hingga penuh segelas, tuang dalam jug blender. Kemudian masukkan telur sebiji, ambil gelas lain yang kering, masukkan tepung sebanyak air tadi, tuang dalam jug, kisar sampai sebati, masukkan minyak satu sudu, kisar lagi. Kemudian tuang bahagi dua dalam botol acuan roti jala yang memang ada dua biji. Satu botol diwarnakan biru, satu botol diwarnakan merah jambu.
Pak Inche masuk dapur, suka tengok ada roti jala. Tapi dia kata, tak suka kaler-kaler 😜 Tapi dia makan juga berkeping-keping. Duduk rumah manjang lapar macam anak burung, terciap-ciap, terciap-ciap, mintak makan.
Iman masuk dapur, terperanjat tengok bapak tengah santap roti jala. Bila bonda buat? Sk cakap, order online, baru orang hantar. Dia pandang pintu depan, aikk.. lepas tu terus tersengih nampak botol acuan roti jala dalam sinki. Heiiii... Mambang Rajin... Janganlah engkau pergiiii 😂😂😂
Berwarna warni.. Menarik.. Kena pula dengan serawa durian..
ReplyDeleteBlue pink macam warna padle pop ice cream la....yummy
ReplyDeleteHahahaa.. Iman x percayaa.. bagus haaa bila mambang rajin dah datang niiiii... Kakakaka... Warna je lain,. tapi rasa roti jala tu tetap samaaa... cantik kejadian roti jala ituuu!!! Hebatttt
ReplyDelete