SARAPAN SEBELUM BDR

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...

DUA hari berturut-turut, Pak Inche keluar membeli sarapan. Hari ini pula, hari bekerja bagi Sk. Macam kesianlah pulak kalau Pak Inche kena keluar lagi beli sarapan. Tu takpa, nanti yang dibawa pulang mesti benda yang sama jugak, tosei, roti canai, tosei, roti canai 😜

Jadi, Sk gagahkan diri keluar beli sarapan. Hajatnya nak cari lontong dan nasi lemak daun pisang tapi hampa sebab gerai khemah merah yang jual nasi lemak daun pisang tu tak buka. Nampak ada kakak jual makanan siap bungkus, jadi Sk singgah. Tak banyak jenis sarapan ada, cuma nasi lemak, bihun dan mee goreng. Ada epok-epok inti kentang dan donut tak silap. Sk beli nasi lemak telur mata dua bungkus dan bihun goreng serta epok-epok. 

Ingat nak singgah jugak gerai tepi masjid beli lontong (tamak betul), tapi.. ramainya berkerumun depan gerai tu. Sk tak kisahlah kalau orang ramai, yang Sk kisah bila orang tak reti beratur ni 😤😤😤 yang memaksa kita ikut berkerumun sama. Jadi, tak apolah, kita balik terus.


Sampai rumah, terus sarapan Bihun Goreng. Dah habis makan tapinya, hahaha.. ni nasi lemak untuk Pak Inche dan Iman. Pedas sambalnya. Memang cili kering sekarang ni pedas kan, kalau tak pedas, tak rasa pulak sambal, hihi. Lagipun cili yang tak pedas, harganya mahal sikit berbanding yang pedas. Harap-harap sedaplah nasi lemak kakak ni. Sk pun pernah jugak berangan nak berjualan nasi lemak tapi berangan ajelah mampu. Tak mampu dan tak larat nak bangun memasak di saat semua orang masih enak dibuai mimpi.. kagum dengan kegigihan mereka-mereka ni.. semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan peniaga gerai sarapan ni kerana mereka banyak memudahkan kehidupan mereka yang sibuk dengan urusan duniawi.


Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau SK jual nasi lemak,saya berani jamin kesedapannya.tapi takutnya kejap ada kejap takdak .hihihi

    ReplyDelete
  2. SA teruja tengok sambal nasi lemak tu ha...nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. Hadooiii SK! Kak Amie pun kadang rasa nak nangis kalau pakwe pi kuar beli sarapan. Balik-balik dibawanya nasi kuning, mee goreng, mee hoon goreng.... hari-hari...everyday!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!