PENUTUP CERITA MAKAN-MAKAN HARI INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...


KARI ikan termenung semalam, seperti yang dijanjikan, inilah lauk santapan tengahari kami hari ini, sama sebijik macam semalam. Tapi, Pak Inche cuma ambil kuah aje dan makan dengan ikan goreng. Sk pulak tukang perabih ikan dalam kari. Iman pulak perabih nasi lauk udang masak lomak yang tinggal lagi empat ekor 🤩 

Lepas makan roti jala, Pak Inche kata, malam dia nak makan nasi dengan durian. Iman kata, kena masak nasi lain la, sebab dia dah habiskan nasi, hihi. Pak Inche tu sebenarnya suruh kami order kfc tapi kami malas nak layan sebab baru khamis lepas beli kfc drive-thru. Tu pun dia sorang makan sebab Sk dan Iman dah tak lalu makan sebab petangnya Cik Ani singgah rumah hantar Pulut Mangga. Lupa ek, macam belum cerita pasal kfc dan pulut mangga 😆 nanti ingat balik 😜


Bila diberitahu nasi habis dan Sk pun tak galakkan Pak Inche makan nasi dengan durian lagi, Pak Inche kata, macam tu, buat bihun sup ajelah. Alaaa.. sup biasa-biasa aje, ewahhhh. Baik, tuan. Saya okay saja, saya kan tukang masak tuannnn. 

Nasib baik ada fishcake dan jejari ketam buat rencah bihun sup. Sk cuma tumiskan sebiji bawang besar merah bersaiz kecil yang dimayang bersama satu kulit kayu manis dan sekuntum bunga lawang. Kemudian masukkan dua gelas air, bahagian bawah daun bawang, fish cake dan filamen ketam. Cari kiub ikan bilis tak ada pulak, campak ajelah kiub ayam 🐔🐔🐔


Sambil tu, celur bihun dengan air panas sehingga bihun lembut, toskan. Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan sup. Taburlah daun bawang dan bawang goreng. Hurmmm..  patutlah bawang mahal ek, serba serbi nak kena letak sumber dari bawang. Nak pedas, potongkan cili padi atau makan dengan sambal kicap yang sentiasa ada stok dalam peti sejuk. Senang sangat la masak macam ni tapi kalau selalu-selalu boleh jemu jugak. Cerita makan hari ini dah tamat, dapur pun dah tutup, tukang masak dah baring-baring sambil update blog 😜 Esok kembali BDR, hari isnin bos kata masuk pejabat. Kita hanya menurut perintah. 

Selamat malam 🥱🥱🥱




Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bahagia betul & bertuah Pak Inchi & Iman bila Mak Inchi dihantui mambang Rajin...

    ReplyDelete
  2. klu dok sebelah rumah ni agak2 bole minta sikit x eh? :p

    ReplyDelete
  3. Hahahaa.. tukang masakk.. betul tuhhh.. Sedap makam gini.. lelagi klaau ujan.. peberet

    ReplyDelete
  4. Bihun sup tu bubuh cili padi potong atau sambal kicap pun dah cukup sodap! Slurrrppp...sluurrrpppp!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!