NASI BERIYANI TANAM - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI BERIYANI TANAM

 Assalamualaikum...

MENGGELETAR dah agaknya badan Pak Inche tak dapat pergi shopping kat NSK. Dia tanya, nak ikut tak? Sk suruh dia pergi seorang sebab Sk sedang BDR. Nak keluar boleh aje, tapi nanti takut tiba bos minta email apa-apa dokumen, celah mana nak raba kalau kat NSK tu 😜

Lama jugak la Pak Inche pergi, Sk tengok yang dibelinya barang-barang masak yang Sk pesan.. halia, serai, kunyit hidup dan bawang. Hurmm.. baru teringat macam tak ada cili padi masa Sk kemas-kemas tadi. Pak Inche beli jugak ayam dua ekor yang dipotong 16. Lamalah Sk mengadap sinki bersihkan 32 ketul ayam dengan pedal dan hatinya kena ambil masa sikit nak dibersihkan sebelum disimpan dan dibahagikan dalam lima bekas berasingan. Ada daging lembu jugak tadi, pun Sk dah siap potong bahagikan dalam tiga bekas supaya senang nak defrost ikut apa yang kita nak masak sahaja. 


Di samping tu, Pak Inche jugak beli Nasi Beriyani tiga bungkus. Nasi Beriyani Tanam, sebab lauknya (ayam ditanam bersama nasi). Pak Inche beli dua beriyani ayam dan satu lagi lauk daging. Lauk daging tu berasing dengan nasi, cuma ayam sahaja yang ditanam dalam nasi. Tengoklah nasinya penuh sepinggan. Cuma Sk sahaja yang berjaya menghabiskan nasi. Iman makan nasi lemak agak lewat, kan.. Sk pulak dah makan awal pagi, jadi tak ada masalah untuk melicinkan pinggan.. dasar!

P/S Pak Inche kata, dia ada beli cili padi tu.. mana tah perginya, resit pulak dah buang.. wassalam ajelah nampaknya.. tak ada rezeki.

4 comments:

  1. Nasi beriani saya biasa makan masa orang kawin je. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Nasi beryani tanam ni bukan ke kalau kat Johor dipanggil beryani gam...ka saya salah?
    😁

    ReplyDelete
  3. SA jarang makan nasi beriyani...Dania suka la ni...

    ReplyDelete
  4. Ingatkan tanam macamana. Rupanya ayam kena tanam dalam nasi hihihiii.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih