SOTONG GORENG KUNYIT

 Assalamualaikum...

SOTONG adalah antara stok lauk yang selalunya ada dalam freezer di rumah Sk ni. Tak kiralah kalau ke pasar, pasaraya atau kedai runcit, jika nampak ada sotong yang cantik, mesti akan beli walaupun dah ada stok sotong di rumah. Biasanya Sk akan pek tiga hingga empat ekor sotong mengikut saiznya dalam satu bekas kecil supaya senang nak defrost bila nak masak sambal, masak kicap, masak hitam, masak padprik atau yang paling mudah dan laku, Sotong Goreng Kunyit.


Hari ini Pak Inche ambil cuti. Jadi, tengahari Sk masak nasi, panaskan lauk kari ayam semalam dan tambah lauk Sotong Goreng Kunyit serta goreng ikan masin. Kalau dah ada sotong goreng kunyit ni, si Iman memang tak pandang la ayam dalam kari. Habis dah lauk kari. Lega tengok peti sejuk lapang, kalau tak, penuh dengan macam-macam lauk tak habis. Yang jadi tong sampahnya...Sk jugekkkkk!

Post a Comment

7 Comments

  1. Masakan ringkas tetapi sedap..

    ReplyDelete
  2. Takpe Sk jadi 'tong sampah', janji tak buang or bazirkan makanan hahaha :D

    ReplyDelete
  3. Sotong goreng kunyit memang masakan pilihan ramai! Disukai ramai.

    ReplyDelete
  4. lauk pauk yg x abis tu masukkan ke dalam nasi goreng...

    ReplyDelete
  5. Kalau zaman kanak-kanak mak masak sotong buat cincin kat jari.Tapi sotong SK ni boleh buat gelang oooo

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan sotong goreng kunyit ni. Selalu makan sotong masak merah.

    ReplyDelete
  7. Sama la..sotong antara yang perlu ada dalam stok kat rumah..sedpnya buat goreng kunyit...esok pi pasar cari sotong jugak la

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih