CEMPEDAK 'SCAMMER'

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...


BEBERAPA minggu yang lepas, Pak Inche bawa balik cempedak kampung yang dibelinya dari mana, tak masuk kepala pulak. Hari-hari berzikir minta digorengkan cempedaknya, tapi asyiklah Sk memberi alasan, cempedak belum cukup masak untuk digoreng. Selalunya, kalau nak goreng cempedak, Sk bancuh tepung dulu, baru belah cempedak, tapi selepas beberapa kali tertipu dengan cempedak, sekarang ni Sk akan belah dan keluarkan isi cempedak dulu, baru bancuh tepungnya.


Selepas dibelah, alahai.. nak merungut pun tak sampai hati tengok muka orang yang penuh harapan nak makan cempedak goreng. Sk cakap, lain kali belilah cempedak kahwin, ni tengok pun tau isinya macam mana. Tapi, Sk goreng jugaklah... demi nak memuaskan hati orang yang membeli. 


Ingatkan nak berlagak dengan Pak Inche, kita belilah cempedak kahwin. Rupanya kena 'scam' dengan cempedak laaaa 😜
Ada empat ulas jer. Haaaa... orang tua kata, tulah...  🤭

Sk beli dua biji cempedak, yang satu lagi ada lima ulas. Jadi, semuanya ada 9 ulas. Iman kata, dah rezeki kita macam tu. Ni mengulas pasal seorang yang pulangkan cempedak yang dibelinya bila kopek dalamnya ada 7 ulas sahaja.


Sembilan ulas cempedak dalam kuali. Jadilah seorang tiga biji. Kalau ramai, kenalah gigit seorang separuh agaknya.. hihi. Sungguhpun demikian, isi ulas cempedak sangatlah tebal, lunak dan manis. Puaslah makan walaupun cuma tiga ulas mungkin sebab baru lepas makan nasi 😂

Inilah akibat berlagak.. beli cempedak kahwin konon...

🤭🤭🤭








Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tergelak saya baca ni kak... hahaha.. kesian nasib x mengidam

    ReplyDelete
  2. Hehe sy x tau plk cempedak ni ada jenis eh.. Ni pestime tau cempedak pun dikawenkan.. Tp alahaii sian plk tgk kulit tebal isi ciput je eh.. Nk gelak ke nak nangis ni.

    ReplyDelete
  3. Nasib baikkk cukup 3 biji sorang, fair and square hahaha. Tapi sikit sungguh ya, buahnya besar.

    ReplyDelete
  4. Aduhaiii..cempedak scammer pun ada. Pernah jugak beli sebijik. ada 3 ulas je. jadilah sorang 1 biji setengah. Haha..betul kata anak akak..dah tu je rezeki kita dapat. Dapat lah juga merasa

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. terkejut baca tajuk cempedak scammer. hehe. tapi kalau saya pun sedih, isi dia sikit :(

    ReplyDelete
  6. Penat SA gelak...aduhai....tu la kita ni jenis cepat jer nak komplen kan..sama gak ngan SA baru ni..beli durian kampung..x sedap..then kuar lagi duit beli durian kahwin..end up x sedap gak...allah nak balas cash aje kan...adoiii.....

    ReplyDelete
  7. Aduhhh....sejak PKP ni macamw scamer muncul..Padahal PKP tak bersalah pun🤭🤭🤭

    ReplyDelete
  8. Aaaa.. kena scam... sabo jela.. nak saman takleh saman... Hahhaahha... Skrg mahai gak harga cempedak di luo pagor..

    ReplyDelete
  9. Saya pernah juga membeli cempedak, hamper RM60 sebiji.. Tapi bila balik bukak, langsung takde ulas di dalamnnya.. Apa lagi pergi semula ke kedai tu dan tukar. Penjulatu ok je.. Terus tukar baru.

    ReplyDelete
  10. Hahahaa... ketulahan ke SK. Itulah hikmah di sebalik PI yang rajin berzikir. Aduhai.... kelakar betul!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!