BELUM BOLEH LEPAK MAMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

TERBANTUT hajat nak menjemur pakaian di luar melihat cuaca yang redup hari ini. Cuaca macam ni tak boleh dijangka, mungkinkah hujan atau matahari akan muncul. Tapi, kalau diletakkan pakaian pun, sampai petang belum tentu kering, lebih baik sidai baju di ampaian belakang yang berbumbung.


Sarapan hari ini, Pak Inche tapau dari Bismi Curry House. Enam keping roti canai kosong, tiga darinya Sk jadikan roti tampal. Tips jimat untuk makan roti telur, huhu. Telur pulak tengah banyak, kan.. lagipun bukan susah nak tampal, semudah a b c, gituh.


Sk pesan Pak Inche tapau sekali Maggi Goreng Mamak. Pagi, perut memang tengah lapar, tapi lepas pekena roti canai + tampal dengan telur, tangan pun tak larat nak suap maggi goreng. Kita letak tepi dulu, nanti-nanti sambung makan 😂


Tak boleh lepak mamak, kita buka mamak kat rumah. Rindu zaman sebelum pandemik, sabtuday hari jalan-jalan dan makan-makan. Kalau Pak Inche tak ada tugasan bola, merentas sampai ke Muar. Masa Iman di poli, sebulan sekali ke Ipoh. Kalau cuti panjang, lajak sampai ke Kedah. Tapi, hikmahnya, sekarang banyak masa berehat di rumah.

Syukur selalu 🥰






Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Megi goreng mamak mmg powerr.. Ntah apa dia letak agaknya..klu buat sndri mesti x jadi mcm kat mamak hehhe

    ReplyDelete
  2. Sedap plak tengok maggi mamak tu ha...menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. rindu pekena teh tarik dan mkn tose he hee

    ReplyDelete
  4. Roti tampal nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!