Assalamualaikum...
HIDANGAN pagi raya Aidiladha yang dimasak oleh Kak Roz. Lincah sungguh kak ipaq Sk ni.. sup sap sup sap, siap roti jala dengan kari ayam. Selain tu ada rendang ayam dan ayam masak merah yang dimasak Kak Roz jugak petang semalamnya bersama nasi tomato. Pak Inche beli tiga ekor ayam sebab daging dah tak ada jual, itu yang semuanya ayam jer atas meja. Ketupat palas dan lemang, beli.
Lepas makan, Na'E, abang Pak Inche yang tinggal di Terengganu bertolak balik. Sebenarnya Na'E baru sampai Terengganu semula setelah menziarah semasa mak sakit. Sampai Ganu, dapat berita mak meninggal, jadi Na'E patah balik ke Kuala Ketil, seorang diri. Sebelum Na'E bertolak, ambil gambar dulu sebab susah nak kumpul semua serentak.
Giliran Sk pula untuk pulang. Haruslah juga tangkap gambar juga buat kenang-kenangan. Walaupun kami semua berjauhan tapi hubungan tu agak akrab juga. Syukur dipertemukan dengan keluarga mertua, ipar duai yang baik-baik.
Singgah R&R Tapah nak beli makan tengahari tapi cuma satu gerai saja yang buka itupun nasi putih belum masak, yang ada cuma nasi lemak. Tak semangat nak beli, Iman cadangkan beli makanan di Shell, yang 'Deli To Go' tu.
Sk suruh Pak Inche makan dulu sementara Sk memandu. Sampai Sabak Bernam, tukar giliran, Sk pulak makan. Feeling makan dalam kapal terobang gitu 😜 Kami beli tiga jenis nasi, Iman makan Butter Chicken, Sk, Thai Basil Chicken dan PI makan Kapitan Chicken...hurmmm.. chicken memanjang nampaknya. Antara ketiga-tiga menu ni, kapitan chicken paling sedap.
Sk ambil semula stereng selepas singgah beli A&W ni di R&R Seremban (Seremban ke.. lupa pulak ðŸ¤). Risau sungguh tengok pakcik ni asyik menguap aje. Ialah, dari hari ahad tu pun memang dah semalaman tak tidur sehingga urusan pengkebumian selesai. Malam tu pun, PI kata susah nak tidur dan dia cuma tidur-tidur ayam jer. Jadi, Sk ambil alih pemanduan sehingga ke Kulai, baru pas semula pada Pak Inche. Betul-betul musafir la, Aidiladha kali ni. Raya yang tak sepertinya kan.. tapi tetap kena bersyukur kerana masih berpeluang menyambut aidiladha tahun ini.. Alhamdulillah.
Di sini, Sk mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas ucapan takziah dan iringan doa untuk mak mertua Sk. Semoga doa yang baik-baik, akan berbalik kepada kalian juga, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Rezeki bermusafir. Alhamdulillah di kelilingi keluarga dan saudara mara yang baik-baik belaka. Moga ukhuwah berkekalan hingga ke jannah.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidiladha kak!
ReplyDeletecara buat video
Alhamdulillah semua dah selesai...dimudahkan urusan & semoga Allah berkati kita semua
ReplyDeleteAlhamdulillah perjalanan SK dipermudahkan..
ReplyDeleteTeringat lagi S Jibeng
ReplyDeleteTapi musafir di Aidil fitri
Alhamdulilah, selamat juga sampai ke JB...
ReplyDeleteYang pergi tetap pergi, kita yang masih ada, harus meneruskan kehidupan. Semoga allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeleteAlhamdulilah, semuanya dipermudahkan...
ReplyDeleteBergambar kenangan itu perlu.. Alhamdulillah.. dapat ipar duai dan family mertua yang baik baik.. rezeki tu... Moga semuanya sentiasa dirahmati Allah.. Amin
ReplyDelete