Assalamualaikum...
NAK selit jugaklah kisah di suatu petang khamis minggu lepas. Tengah duduk-duduk selepas BDR, cadangnya nak ke rumah ibu tapi macam penat pulak. Sk jugak berjanji dengan Iman nak pergi econsave beli buah dan susu kotak, petang-petang bila cuaca redup sikit.
Tiba-tiba terdengar bunyi hon depan rumah. Rasanya tak ada order makanan atau barang. Jengah ke pintu, nampak macam kereta Cik Ani. Eh, betullah Cik Ani dan Zulaikha datang 🤩
Berbuahlah tangan Cik Ani. Ada Pulut Mangga tiga kotak. Pulut mangga dwiwarna, sebelah pandan, sebelah original dengan sebelah bahagian buah mangga serta sos santan. Depan Cik Ani jugak, kami terus makan pulut mangga anak beranak.
😆😆😆
Tu yang kenyang sampai malam. Lepas Cik Ani balik, Sk dan Iman keluar ke econsave. Balik dari econsave, pergi kfc Taman U, beli secara drive-thru itupun beli untuk Pak Inche aje sebab macam tak ada rasa nak makan kfc. Iman kata, kalau lapar kita masak maggi jer. Tapi memang tak lapar la malam tu, penangan pulut mangga cik Ani agaknya 😂
Baca memang pulut mangga,tapi tak tau kenapa otak tafsirkan tu pulut durian musang king..Salah mata ka?
ReplyDeleteterbayang pulut mangga kat bangkok...
ReplyDeleteadoii dapat mangga manis mmg marbeles tu kak
Cik Ani..kenapa tak hantar kt rumah saya sekali...terliur tengok la
ReplyDeleteRezekii... xpernah makan pulut dwi warna tu ha
ReplyDeleteSA x pernah makan dan cuba makan pulut mangga atau pulut durian..x tau la kenapa tekak x leh terima..
ReplyDeletePulut mangga warna-warni. Menarik pandangan mata ni. SK nanti buatlah pulut mangga 7 warna pelangi.Mesti lawo.
ReplyDelete