LONTONG DAN NASI LEMAK SELEPAS TAHLIL

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

Assalamualaikum...


TUAN Tanah Kedaung.. posing sekejap sebelum ber-GM untuk program Tahlil dan Yasin pagi ini. Selesai .. laju-laju keluar cari sarapan 😂


Ingatkan nak beli lontong di gerai sarapan tepi masjid, tapi tak tahulah memang dah habis atau tak dibuka hari ini. Jam pun dah lebih 10.30 pagi. Terus ke gerai Mat Over selepas guard house, pun tutup. Jumpa dua gerai sarapan sebelah menyebelah depan kedai acheh lama, terus terfikir nasi lemak. Dah order nasi lemak dua bungkus, nampak pulak lontong 🤭


Beli jugak sebungkus sebab dah teringin sangat tak boleh bawa bincang 🤣. Punyalah banyak nasi impit tu sampai lapan ketul, Sk cakap dengan Iman, bonda separuh, Iman separuh. 


Masih ada rezeki dapat makan lontong hari ini.. burpp.. Alhamdulillah 😍😍
 






Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uish...Lama tak makan lontong terliur pulak...
    Iman bila start intern?

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak tu kira okey SA pandang lagi..lontong SA x berapa nak minat..x tau la kenapa...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm Pak Inche la.. bukan tak minat lagi, terus tak makan

      Delete
  3. Lamanya x mkn lontong.. plan nak buat tapi x buat² sampailah sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat jugak tu nanti anak cacing dlm perut kempunan, hihi

      Delete
  4. Adoyai.. dah tengah hari ni mana nak cari lontong..

    ReplyDelete
  5. nasi lemak tu macam sedap..buat saya teringat nasi lemak brother dekat simpang masuk Taman Sri Pulai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak Sun nasi lemaknya, sambal pun sedap dan tak lokek

      Delete
  6. Best betul duduk Johor. Selalu dapat makan lontong. Dulu waktu hantar Fuad ke Parit Raja, sempat singgah sarapan warung depan lorong masuk asramanya. Makan apa... makan lontong!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!